As Salam dan Salam Sejahtera kepada semua Ahli AKRAB di seluruh negara. Sempena kita berada di dalam tempoh PKP dan Saranan Berkerja dari Rumah (WFH), Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu program Talk show 🎦 yang dinamakan..
#SinggahSembang@MAK
…menggunakan platform online👨🏻💻 FB Live 👁️🗨️.
Sehubungan itu ahli-ahli AKRAB yg berminat dijemput untuk turut serta sebagai ahli Panel 👩🏻💼👨🏻💼.
Berikut adalah garis panduan program untuk makluman bersama :
1. Panel – Terbuka kepada semua ahli AKRAB atau Pegawai Psikologi secara SUKARELA.
2. Masa dan tarikh boleh dibincang mengikut kesesuaian panel.
3. Kaedah pengendalian. Sorang akan bertindak sebagai moderator (untuk memperkenalkan panel dan menutup program sahaja, tiada sesi soal jawab) + Sorang Panel (Penyampaian/Perkongsian secara sehala tetapi bersahaja).
4. Masa siaran adalah 15 minit ATAU 30 minit sahaja bagi satu slot.
5. Program ini merupakan platform untuk penyerlahan bakat ahli AKRAB. Tiada sebarang bayaran oleh MAK (Jika berjaya kita boleh buat dalam bentuk yang lebih profesional seperti Forum, Dialog dsb pada masa akan datang)
6. Pemilihan tajuk/topik bebas tetapi perlulah berkaitan core function AKRAB…Bimbingan, Psikologi, Kaunseling, Motivasi, Self Help, Tips, Petua kecemerlangan dsb, tapi tidak menyentuh tentang politik, sensitiviti kaum dan agama serta dasar-dasar kerajaan.
7. Panel yang terpilih akan dihubungi oleh Sekretariat MAK untuk perbincangan lanjut.
Ahli-ahli AKRAB yang berminat sila kemukakan maklumat berikut untuk membolehkan penjadualan dilaksanakan:
Maklumat Panel
Nama penuh :
Agensi :
No. Hp :
Alamat e-mail :
Tajuk :
Cadangan Tarikh dan Masa siaran :
Tempoh : 15@30 minit ?
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Cik Rose (Setiausaha Kerja MAK) di talian hp : 019-3291479
Sekian, Terima Kasih.
Majlis AKRAB Kebangsaan
9 Mei 2020
Salam sejahtera,
Terima kasih atas info
(AHMAD YUSOF BIN DAUD) Bahagian Pentadbiran Dan Sumber Manusia Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Daerah Bera
Sama-sama tuan.