Aktiviti yang dilaksanakan oleh Rakan Pembimbing dalam organisasi perlu bersifat komprehensif dengan mengambil kira peningkatan empat kompetensi utama iaitu peribadi, sosial, organisasi dan profesional. Selain bersifat praktikal dan mudah diterima dan difahami oleh warga organisasi.
Aktiviti tersebut boleh diadakan secara operasi (operational) dan perkembangan (development). Aktiviti operasi AKRAB adalah aktiviti yang diadakan secara berterusan dan tidak memerlukan kos, jumlah masa yang panjang dan input boleh disediakan dikalangan ahli-ahli AKRAB sahaja. Manakala aktiviti perkembangan merupakan aktiviti yang diadakan secara tahunan, menyeluruh, melibatkan kos yang besar dan memerlukan sumbangan kepakaran dari pihak lain.
Program dan Aktiviti MAK
- Menganjurkan konvensyen AKRAB Kebangsaan setiap tahun semenjak tahun 2010.
- Menyertai konvensyen / persidangan kaunseling di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Membentang kertas kerja di konvensyen / persidangan / majlis pentauliahan AKRAB di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
- Mengadakan pameran dan jualan buku terbitan MAK di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
- Menerbitkan buku kompilasi kes sesi bimbingan ahli AKRAB Perkhidmatan Awam dan Amalan Terbaik AKRAB.
- Menjadi Panel Penilai Anugerah Dwi Tahunan AKRAB
- Menganjurkan kursus kepimpinan organisasi AKRAB dan peningkatan kemahiran kaunseling dan psikologi.
- Mengadakan lawatan sambil belajar di dalam dan di luar negara.
- Menyertai program anjuran Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dan NGO berkaitan kaunseling dan psikologi.
- Menyertai pertandingan “Program Inovasi dalam Kaunseling” anjuran PERKAMA International.
- Menyumbangkan idea dan khidmat nasihat.