Berikut adalah aturcara AGM MAK 2020. Sila rujuk pautan di bawah
Category: Makluman
Notis Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-2 MAK
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-2, Majlis AKRAB Kebangsaan Sesi 2015 – 2017 akan diadakan pada 28 Januari 2018 (Ahad)
jam 10.30 pagi di Dewan Aras Mezanine, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.
Maklumat lanjut sila download Notis AGM di lampiran : – Surat Jemputan AGM MAK 2018
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh YBhg Dato’/Tuan/Puan di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
JEMPUTAN KE PERSIDANGAN PSIKOLOGI MODAL INSAN 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Persidangan Psikologi Modal Insan 2017 pada 9 Oktober 2017 (Isnin) bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertemakan #SejahteraNegarakuMalaysia. Persidangan kali ini akan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan penyertaan daripada sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia, pelajar universiti dan kesatuan pekerja.
Bersama-sama ini disertakan surat jemputan ke Persidangan Psikologi Modal Insan 2017 untuk perhatian dan tindakan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan. Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dijemput untuk menghadiri persidangan ini dan mencalonkan pegawai-pegawai/ kakitangan di bawah seliaan agensi masing-masing mengikut bilangan kuota yang ditetapkan seperti di Lampiran B surat jemputan tersebut.
Jasa baik pegawai-pegawai/ kakitangan yang telah dicalonkan oleh pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk membuat pengesahan kehadiran menggunakan sistem pendaftaran atas talian seperti pautan di bawah sebelum atau selewat-lewatnya pada 7 Oktober 2017 (Sabtu). Penyertaan adalah PERCUMA.
https://sistem.jpa.gov.my/pendaftaran/e/56c36901ed9989dea638624a90f371e2/participants
Sebarang pertanyaan berkenaan program di atas boleh berhubung dengan Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria Setiausaha Majlis AKRAB Kebangsaan Tel : 019-9112878 afendi@kbs.gov.my ATAU Cik Roszelia binti Richard Setiausaha Kerja Majlis AKRAB Kebangsaan Tel : 019-8666642
Sila berhubung dengan Pegawai Psikologi / Pegawai BPSM di Kementerian / Agensi masing-masing bagi mendapatkan surat pelepasan untuk hadir persidangan.
Kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan dalam menjayakan persidangan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Lampiran
Surat Jemputan :Surat Jemputan Peserta Persidangan
Aturcara Persidangan : Atur Cara PERSIDANGAN
Aturcara Perasmian : Atur Cara PERASMIAN
Surat Pelepasan : SURAT PELEPASAN PERSIDANGAN MODAL INSAN UNTUK AKRAB
Pengumuman MAK – Tahniah Dato’ Presiden
Salam Aidilifitri…Maaf Zahir dan Batin
Sesi Taklimat Pelaksanaan Program i-MIND dan Majlis Iftar Ramadhan MAK Tahun 2017
Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan kerjasama AKRAB Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan program di atas seperti butiran berikut :
Tarikh : 21 Jun 2017 (Rabu)
Masa : 4.30 petang (Sesi Taklimat Program i-MIND) 6.00 petang (Iftar Ramadhan)
Tempat : Galeri KBS, Aras G, Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, Presint 4, Putrajaya
Pakaian : Pejabat / Sopan & bersesuaian
Sehubungan itu, Presiden dan seluruh ahli jawatankuasa MAK dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput ahli-ahli AKRAB yang berkelapangan untuk turut serta di dalam majlis ini. Untuk pengesahan kehadiran sila hubungi En. Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria, Setiausaha MAK di talian 019-9112878 atau email : afendi@kbs.gov.my. Sila beri maklumat berikut :
Nama Penuh :
Kementerian / Agensi :
No. Telefon / HP :
Alamat E-Mail :
Aturcara Majlis : Aturcara Majlis Iftar MAK 2017
Surat jemputan akan dikeluarkan kepada ahli AKRAB yang berminat / Terpilih. Tempat adalah TERHAD dan tertakluk kepada “First come First serve” Tarikh tutup pengesahan penyertaan ialah pada 15 Jun 2017 (Khamis) . Sekian, Harap Maklum.
Sekretariat
Majlis Iftar Ramadhan, MAK 2017
Pelanjutan pendaftaran kursus AD-HTP Siri 2/2017
Memandangkan masih terdapat sebilangan peserta yang perlu mendapatkan kebenaran ketua jabatan dan sebagainya bagi menyertai Kursus Art Drawing- House Tree Person (AD-HTP). Tarikh tutup kursus dilanjutkan sehingga 8 Mei 2017. Di harap pelanjutan tarikh tutup ini memberi peluang kepada sesiapa yang berminat turut serta kursus ini.
Keputusan UKJK – PWC 2017
Syabas diucapkan kepada semua peserta Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC) yang telah berjaya mengikuti Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Berikut disertakan keputusan ujian berkenaan. Semoga memberi manfaat kepada tuan/puan peserta program sekalian. Anda boleh semak atau muat turun keputusan di bawah :
Borang UKJK – PWC 2017
Salah satu aktiviti di dalam program Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy ialah Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Ujian ini akan dikendalikan oleh pegawai yang berkepakaran di dalam bidang berkenaan dari Kementerian Belia dan Sukan.
Bagi memudahkan urusan, para peserta di sarankan agar memuat turun (download) 3 borang yang berkaitan. Sila isi maklumat di ruangan yang berkenaan dan bawa pada 18 April 2017.
Borang 1 – SURAT AKUAN PESERTA
Borang 2 – LAMPIRAN 2 PESERTA – Borang UKJK
Borang 3 – PAR-Q
Panduan peta jalan ke PWC 2017
Kepada semua yang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC) 2017. Berikut adalah peta jalan ke Pusat Latihan MARDI, Serdang. Pastikan anda merancang perjalanan sewajarnya. Masuk melului pintu MARDI. Sebagai panduan sila gunakan koordinat GPS di dalam peta di bawah.