Pelan Strategik

Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Penaung Kehormat Majlis AKRAB Kebangsaan di Konvensyen AKRAB  Kebangsaan Kali Ke 7  Tahun 2016 pada 13 Mei 2016. Pelan Strategik ini  :

cropped-13064651_1140529262634372_3462759936440979674_o1.jpg

13221463_1178002055553521_6521746248699811988_n

  • Menyatakan semua strategi dan inisiatif yang telah dirancang oleh Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan  Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) selaku badan induk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) untuk diselaraskan dan dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan;
  • Akan menjadi rujukan utama BPPs JPA dan MAK bagi menentukan pelaksanaan aktiviti AKRAB di setiap kementerian, jabatan, agensi dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah selaras dengan hala tuju strategik BPPs JPA secara keseluruhan; dan
  • Memusatkan segala komitmen dan fokus  AKRAB  bagi menjayakan Visi dan Misi organisasi dan seterusnya Misi Nasional.

Pelan Strategik AKRAB 2021-2025 pula telah dilancarkan oleh Puan Siti Hasiah Jusoh, Penyelaras AKRAB JPA (mewakili YBhg Dato’ Pauzan Ahmar – Pengarah BPPs JPA ) di Dewan Mezzanine JPA pada 24 September 2022.

Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan pelan strategik berkenaan dalam bentuk e-book untuk panduan dan rujukan Penyelaras AKRAB dan ahli-ahli AKRAB diseluruh Malaysia.

Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut  sila hubungi Setiausaha MAK, Puan Manisah binti Saedon di talian h.p : 017-2531700 atau e-mail : akrab4all@gmail.com

Pihak MAK bersama-sama JPA bersedia untuk mengadakan sesi penerangan berhubung pelan strategik ini sekiranya di perlukan oleh pihak  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia atau Penyelaras AKRAB di agensi sektor awam.

Sebarang urusan sila alamatkan kepada :

Majlis AKRAB Kebangsaan

d/a Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pengurusan Psikologi

Aras 3, Blok C3, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA

Sila Muat turun Pelan Strategik Versi e-Book di sini:

Pelan Strategik AKRAB 2021-2025

Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 Versi e-Book