Posted in Berita

Bengkel Training of Trainers Modul i-MIND

Bengkel TOT Modul i-MIND telah diadakan pada 18 – 20 November 2016 di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. Seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada Pasukan Pembangunan Modul, ahli jawatankuasa MAK dan ahli AKRAB Pakar yang terpilih telah hadir.

p1130588 p1130589

i-MIND merupakan program Khas yang telah dibangunkan oleh satu pasukan khas yang dibentuk,   terdiri daripada Pegawai Psikologi dan juga ahli AKRAB. Modul ini adalah satu lagi produk  terbaru Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) yang berbentuk kem latihan. Sebelum ini MAK pernah menerbitkan beberapa buah buku dan melancarkan Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 pada bulan Mei 2016 yang lepas.

Bengkel ini diadakan bertujuan melatih ahli AKRAB Pakar yang bakal mengendalikan Kem i-MIND yang akan dilaksanakan pada tahun 2017.

p1130341

Kem tersebut akan dihadiri oleh penjawat-penjawat awam yang terpilih dari seluruh negara.

Di dalam bengkel  TOT ini peserta telah didedahkan dengan modul “Kau, aku & dia”, “Who want to be a millionaire”, “Wacana minda”, “Emotional Spiritual Intelligance”, “Flying High” dan “Integrisi & Harapan. Encik Pauzan bin Ahmar, Presiden MAK telah menyempurnakan majlis penutup bengkel pada 20 November 2016.

p1130529

Kem Permata Resort dilengkapi dengan kemudahan penginapan, dewan persidangan, dewan bengkel dan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan modul i-MIND yang bakal menemui penjawat awam terpilih pada awal tahun 2017.

 

Posted in Berita

Kunjung Hormat MAK terhadap Pengarah BPPs Yang Baru

Kunjungan hormat Presiden dan ahli jawatankuasa MAK terhadap Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) yang baru iaitu Dr. Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin telah diadakan pada 18 November 2016 (Jumaat). Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Encik Sadli bin Osman, Penyelaras AKRAB.

YBrs Dr., di dalam ucapannya menyatakan rasa   gembira kerana MAK yang di lahirkan oleh JPA  kini  berjaya berdikari  dan diberikan tanggungjawab besar oleh pihak kerajaan untuk menyediakan latihan kepada penjawat awam seluruh negara. JPA akan  sentiasa  menyokong  dan berganding bahu dengan MAK bagi melaksanakan program-program yang bermanfaat kepada penjawat awam.

Beliau  mengakui  AKRAB sangat dekat dengan hati beliau dan menaruh harapan tinggi terhadap AKRAB.  YBrs Dr juga  mengakui bahawa AKRAB telah banyak membantu  mengendalikan kes-kes pegawai bermasalah  dan dianggap sebagai unsung heroes. Beliau juga bersedia memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya  untuk turut serta program-program anjuran MAK sekiranya berkelapangan.

p1130060

Presiden MAK di dalam ucapan aluannya pula  menganggap BPPs sangat unik kerana kepulangan Dr. Ruziati ke BPPs diibaratkan sebagai “Sireh pulang ke gagang”.  Beliau turut memohon tunjuk ajar khususnya daripada Dr. Ruziati dan BPPs amnya, Beliau turut mengingatkan bahawa AKRAB hanya menguruskan sesi bimbingan yang ringan sahaja dan kes-kes yang berat akan dirujuk kepada Pegawai Psikologi.   p1130092

YBrs Presiden juga meletakkan harapan,YBrs Dr. Ruziati sebagai Penasihat MAK dapat membimbing, membentuk serta membetulkan hala tuju MAK dengan memberi teguran mana yang patut dari semasa ke semasa.

Posted in Berita

MAK @ Jabatan Imigresen Malaysia

MAK telah dijemput ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali Pertama dan Lantikan Ahli Jawatankuasa Baharu AKRAB Jabatan Imigresen Tahun 2016. Mesyuarat ini telah diadakan pada 17 November 2016. di Dewan Serbaguna, Aras G, Jabatan Imigresem Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Imigresen. Encik Mohd Afendi bin Ya (Setiausaha MAK) yang mewakili Presiden MAK telah menyampaikan Buku Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 dan Buku Transformasi Diri kepada YBhg Dato’ Seri.  – MyAKRAB

20161117_095943

20161117_095716