Kesejahteraan Psikologi (Psy Well-Being) adalah satu isu penting yang mendapat perhatian muttakhir para pemimpin negara serta pihak berwajib. Ahli AKRAB merupakan rakan strategik perkhidmatan psikologi yang sentiasa bersedia memberikan khidmat membimbing kepada penjawat awam dan juga masyarakat.
Sukan larian, merupakan aktiviti kecergasan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia pada masa kini dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah mengambil inisiatif menjadikan larian sebagai platform bagi ahli-ahli AKRAB menzahirkan sokongan terhadap usaha meningkatkan kesejahteraan psikologi di kalangan penjawat awam khususnya, dan rakyat Malaysia secara amnya.
Seluruh rakyat Malaysia dijemput bersama menyatakan sokongan terhadap usaha menyemarak Psy Well-Being dengan menyertai acara larian yang julung-julung kali diadakan di Putrajaya.
Kesejahteraan Psikologi adalah mesej yang hendak di bawa melalui aktiviti “AKRAB Run 2019” dan tema yang dipilih adalah “Kesejahteraan Psikologi Selamanya” – Psy Well-Being Forever”.