Pada 7 Februari 2013 (Khamis) MAK telah diundang mengadakan pameran sempena “Majlis Pentauliahan AKRAB PDRM”. Majlis tersebut telah diadakan di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Tan Sri Ismail Omar (Ketua Polis Negara) telah menyampaikan tauliah kepada ahli-ahli AKRAB PDRM yang telah berjaya menamatkan latihan. Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Aris Kasan (Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA).
Sebagai tanda ingatan MAK telah menghadiahkan “Buku Kompilasi Kes Sesi Bimbingan AKRAB Perkhidmatan Awam” kepada KPN dan juga Timbalan KPN. Penyampaian disempurnakan oleh Dr. Aris Kasan semasa KPN melawat ke ruang pameran MAK.