Posted in Sinopsis buku

Kyoumi No Chikara

Saya telah membaca sebuah buku yang ringkas dan santai (92 muka surat sahaja) tulisan Ahmad Fauzan Othman. Walaupun sempoi, tetapi terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil darinya. Buku yang saya maksudkan ialah Rahsia “Kyoumi No Chikara”.

Sinopsis Buku :

“Kyoumi No Chikara” Buku ini mengisahkan seorang pemuda bernama Ahmad yang menjalani suatu proses kesedaran jati diri (self-realization) untuk mencari formula kejayaan dalam hidup. Setiap peristiwa yang berlaku sepanjang kisah ini mempunyai pengajaran yang tersurat dan tersirat, sesuai dengan konsep Rahsia “Kyoumi No Chikara” yang akhirnya menjadikan Ahmad seorang individu yang lebih hebat. “Kyoumi No Chikara” bermaksud “Kuasa Minat” (power of interest).

“Kuasa Minat” adalah salah satu faktor utama yang menggerakkan manusia untuk bertindak memulakan sesuatu. Ia merupakan sumber tenaga tanpa had yang membolehkan seseorang itu kekal bermotivasi tinggi, melihat sesuatu dengan lebih teliti, melakukan kerja dengan lebih berkualiti dan mampu merancang masa depan dengan lebih baik.

Di akhir buku juga terdapat nota-nota untuk memudahkan pembaca memahami konsep “Kyoumi No Chikara”.

Buku ini boleh diperolehi di kedai-kedai buku utama, contohnya MPH dengan harga RM14.90 sahaja. Selamat membaca. – MyAkrab Admin

Sumber sinopsis : http://www.fauzan.com.my