Posted in Pengetahuan Am

Soalan Lazim – Psikologi

1. Apakah perbezaan di antara nasihat dan kaunseling?

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor yang terlatih dan klien di mana akhirnya klien akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang positif manakala nasihat cuma sesi mendapatkan bantuan nasihat daripada seseorang yang tidak terlatih

2. Adakah orang awam turut layak menerima perkhidmatan kaunseling oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA?

Selain penjawat awam, pelajar-pelajar tajaan JPA dan pesara kerajaan, orang awam turut layak menerima perkhidmatan kaunseling di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.

3. Bagaimana cara untuk saya membuat temujanji dengan kaunselor di JPA?

Sila layari laman web www.jpa.gov.my dan klik pada butang e-kaunseling. Selain daripada itu juga klien boleh berpandukan kepada jadual klinik kaunseling yang dijalankan secara berkala di kaunter JPA di Maju Junction.

4. Apakah jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan?

Jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan meliputi kategori masalah peribadi, kerjaya, keluarga, kesihatan dan pembangunan diri.

5. Adakah sesi kaunseling yang dijalani tidak dihebahkan kepada orang lain?

Setiap perkara yang dikongsi dalam sesi kaunseling adalah terikat kepada etika kerahsiaan kecuali jika melibatkan perkara yang memudaratkan klien, orang lain dan pelanggaran undang-undang sedia ada.

6. Adakah sesi kaunseling di JPA dikenakan bayaran?

Tidak, sesi kaunseling yang diadakan adalah secara percuma.

7. Apakah jenis-jenis ujian psikologi online yang disediakan oleh JPA?

Jenis-jenis ujian psikologi online adalah:

  • Indeks Personaliti
  • Indeks Bimbingan dan Kerjaya
  • Indikator Perwatakan Unggul
  • Inventori Stres Organisasi
  • Indeks Motivasi Diri
  • Indeks Pengurusan Konflik

8. Bagaimanakah cara untuk menjalani ujian psikologi online JPA?

Anda perlu berhubung dengan pegawai di talian berikut 03-8316 4435 dan sekiranya dipersetujui bolehlah menghantar surat permohonan menjalani ujian psikologi online dengan memberi cadangan tarikh, jenis ujian serta maklumat calon.

Sumber : Laman Web Rasmi JPA – http://www.jpa.gov.my

 

Posted in Artikel

Tingkatkan Potensi Anak !

Oleh : Robert D. Ramsey
Dibawakan oleh : Encik Pauzan bin Ahmar (Pengerusi AKRAB JPA / Tim. Pengerusi MAK)

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak  kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners Dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka di kalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh. Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

Continue reading “Tingkatkan Potensi Anak !”

Posted in Artikel

Gurauan yang dituntut oleh Islam ?

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka. Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai ‘al-mizah’. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud; “Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia.” (Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.

Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; “Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun.” Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.

Continue reading “Gurauan yang dituntut oleh Islam ?”

Posted in Tips

15 Fakta Tentang Senyum…

      1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

      2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

      3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

      4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

      5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

   Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

Continue reading “15 Fakta Tentang Senyum…”

Posted in Berita

Mesyuarat Perancangan Strategik MAK 2011

Mesyuarat  Perancangan Strategik  Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah diadakan pada 15 – 17 Mei 2011 bertempat di Institut Pengurusan Peladang Langkawi. Di dalam mesyuarat ini sebanyak 4 lab. telah dibentuk bagi membincangkan pelbagai perkara bersangkutan hala tuju AKRAB. Empat lab. tersebut ialah

1. Lab. Perlembagaan dan JIPA.

   Fasilitator : Encik Pauzan Ahmar 

2. Lab. Program Publisiti.

    Fasilitator : Encik Mohd Afendi Ya @ Zakaria

3.  Lab. Konvensyen AKRAB, Persijilan dan Buddy System.

      Fasilitator : Hj. Norzaini @ Norzani bin Abdul Rahman

4. Lab. Kriteria Anugerah AKRAB.

     Fasilitator : Encik Sadli bin Osman

Mesyuarat anjuran bersama MAK dan Bahagian pengurusan Psikologi JPA (BPPs) ini telah dihadiri oleh seramai kira-kira 35 orang peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa MAK , Pengerusi-pengerusi AKRAB dan Pegawai Psikologi dari agensi-agensi terpilih. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan YBrs Hj. Pakarulrazi (Timb. Pengarah BPPs), manakala majlis penutup pula disempurnakan oleh YBrs Dr. Aris bin Kasan (Pengarah BPPs). Mesyuarat ini telah memutuskan agar Konvensyen AKRAB peringkat kebangsaan yang melibatkan penyertaan seramai mungkin ahli AKRAB dari seluruh negara dijangka akan diadakan pada akhir tahun 2011. Disamping itu publisiti yang lebih agresif menerusi blog, facebook dan penjenamaan identiti ahli AKRAB akan dilaksanakan pada tahun ini.

Posted in Makluman

Sumbangan bahan-bahan untuk blog

Ahli-ahli AKRAB dari seluruh negara dipelawa menyumbangkan bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam blog MyAkrab. Bahan-bahan boleh meliputi tips-tips, rencana, artikel, aktiviti-aktiviti yang diadakan, petua, cerita motivasi, perkongsian pengalaman, karya  dan sebagainya. Bahan-bahan perlulah dihantar dalam bentuk sof copy kepada pentadbir blog melalui e-mel my1akrab@yahoo.com atau afendi@jpa.gov.my. Sila nyatakan sumber tulisan atau bahan-bahan tersebut, sama ada tulisan asal atau dipetik dari blog lain atau mana-mana bahan cetakan.  Bahan-bahan boleh disumbangkan pada setiap masa. – Blog Admin.

Posted in Berita

Selamat datang ke laman Blog MyAkrab

Alhamdulillah akhirnya impian Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) untuk membangunkan sebuah blog tercapai jua. Cadangan mewujudkan blog telah diputuskan di dalam Mesyuarat Perancangan Strategik  MAK yang telah diadakan di Pulau Langkawi pada bulan Mei 2011 yang lepas. Seterusnya satu perbincangan lanjut telah diadakan pada 22 Jun 2011 di Hotel Residence UNITEN Bangi. Hasilnya team administrator telah diwujudkan bagi membangunkan blog  MAK. Sebagaimana dipersetujui bersama, blog ini telah dinamakan MyAkrab. Di harap kelahiran blog ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama bagi ahli-ahli AKRAB dari seluruh negara.