Posted in Uncategorized

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ahli MAK

As salam dan salam sejahtera,
Untuk makluman semua, ahli Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah diberikan kemudahan cuti tanpa rekod bagi menghadiri aktiviti, mesyuarat, latihan anjuran MAK. Maklumat lanjut sila rujuk di dalam MyPPSM JPA Versi 1.O (2022) Ceraian SR.5.5.3 muka surat 94 – 97. Muka surat dalam lampiran 142,143, 144 dan 145.

Ahli-ahli MAK juga boleh kemaskini maklumat di dalam HRMIS – Rekod Peribadi – Persatuan/Badan Ikhtisas.

Semoga dengan kemudahan-kemudahan ini kita dapat melaksanakan program MAK dengan lebih lancar dan berkesan.

Terima kasih, harap maklum.

Presiden
Majlis AKRAB Kebangsaan

Lampiran – https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/

Posted in Uncategorized

Selamat Tahun Baru 2023

As salam dan salam sejahtera semua.
Tahun 2022 baharu sahaja berlalu meninggalkan kita. Tahniah kepada semua yang JK MAK Sesi 2022-2024 yang telah mengorak langkah walaupun dalam masa yang agak singkat bermula 24 September lepas. Dalam tempoh kira-kira 3 bulan kita berjaya melaksanakan beberapa siri pameran MAK, perkongsian ilmu anjuran agensi luar, mesyuarat, panel forum dan bengkel perbincangan biro, penerbitan buku, menyewa sebuah ruang premis bangunan untuk pejabat operasi MAK dan yang paling bermakna apabila permohonan MAK untuk diisytihar sebagai persatuan di bawah Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) telah mendapat kelulusan JPA.

Syabas dan tahniah kepada semua. Semoga kita dapat melaksanakan program-program yang dirancang dengan lebih berjaya pada tahun 2023.

Berkhidmat Membimbing

Presiden
Majlis AKRAB Kebangsaan
1 Januari 2023

Posted in Uncategorized

Pelan Strategik AKRAB 2021-2025

Pelan strategik AKRAB 2021-2025 telah dibangunkan secara bersama oleh MAK dan Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam. Majlis pelancaran telah diadakan pada 24 September 2022 di Dewan Mezzanine JPA oleh Puan Siti Hasiah Jusoh (Mewakili YBhg Dato’ Pauzan Ahmar – Pengarah BPPs JPA) di Mesyuarat Agong Dwi Tahunan MAK 2022.

Ahli AKRAB dan juga Penyelaras AKRAB boleh menggunakan pelan ini sebagai rujukan bagi perancangan program AKRAB di agensi masing-masing. Sila muat turun (download) Plan Strategik AKRAB 2021-2025 versi e-book di sini.

Read more: Pelan Strategik AKRAB 2021-2025
Posted in Makluman

NOTIS AGM MAK 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-4, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) tahun 2022 akan diadakan pada jam 9.00 pagi, 24 September 2022 (Sabtu) bertempat di Dewan Mezzanine, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Semua ahli MAK di jemput hadir.

Sila isi borang maklum balas kehadiran melalui pautan berikut :  https://forms.gle/8RmyC9o5kMr4yvxH8  sebelum 18 September 2022.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Encik Mohd Afendi bin Ya@Zakaria, Setiausaha di talian 019-9112878 atau melalui e-Mail : akrab4all@gmail.com.

Sekretariat

Majlis AKRAB Kebangsaan

Posted in Informasi

BORANG PENILAIAN PROGRAM : KURSUS SKUAD WAJA – AKRAB 2022

Terima kasih dan Tahniah kerana Tuan/Puan telah mengikuti Kursus Skuad Waja – AKRAB 2022. Secara bersemuka atau dalam talian (online) dengan jayanya pada 29 Mac 2022. Sila lengkapkan borang penilaian program berikut.

Sijil hanya akan disediakan kepada peserta yang melengkapkan borang penilaian ini. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap.

Sila klik link untuk penilaian : https://forms.gle/FFeyhQY1YFSKYgBu8

Sekian, Terima kasih.

Sekretariat
Majlis AKRAB Kebangsaan

Posted in Pegumuman

Pendaftaran SEGERA – Kursus Skuad Waja

Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Kursus Skuad Waja secara bersemuka pada 29 Mac 2022 (Selasa) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1, JPA Putrajaya.

Ahli AKRAB dan Penjawat Awam yang berminat dijemput menyertai kursus ini. Penyertaan adalah PERCUMA dan membawa nilai 1 hari berkursus. Makan minum dan sijil penyertaan disediakan. Sebaik sahaja berdaftar Tuan/Puan akan dihubungi oleh Urus Setia untuk urusan selanjutnya (Surat jemputan Kursus).

Sila klik dan isi link ini untuk pendaftaran : https://forms.gle/mw6EHYfm1MXfest96

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pn. Hjh Wan Ruhimah Abd Ghani di talian 013-9208151.