Posted in Berita

Konvensyen AKRAB Kebangsaan Ke 6… Meriah

Konvensyen AKRAB Kebangsaan Ke 6 Tahun 2015 yang merupakan acara tahunan AKRAB telah disempurnakan perasmian oleh YBhg Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam  (Operasi) pada 11 Ogos 2015 di Hotel Berjaya Waterfornt, Johor Bharu, Johor.

11831823_1028680123819049_9089784343456291172_n (1)

11888109_1030036387016756_7350979853758239085_nKonvensyen ini adalah anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Kira-kira 600 orang ahli AKRAB dari seluruh negara telah menghadiri konvensyen yang julung-julung kali diadakan di negeri Johor ini.

11870932_1030037273683334_3618466835755848468_n

Sebanyak empat sesi telah disediakan sebagai pengisian iaitu, sesi 1 “Taklimat AKRAB Care dan AKRAB Xtra” oleh Encik Sadli Osman dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Seterusnya Sesi 2 pula yang bertajuk “Motivational Interview Dalam Membimbing” dikendalikan oleh YBhg Dato’ Dr  Abd. Halim bin Mohd Hussin (Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi JPA).

11781694_1030036900350038_1340992399781099463_n

Sesi 3 , iaitu Forum yang bertemakan “AKRAB Prihatin Pemangkin Transformasi”  diadakan pada sebelah petang menampilkan tiga orang panel yang terdiri daripada Tuan Hj. Ab. Latiff bin Ibrahim (Mantan Presiden MAK), YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias (mantan TKPPA(O) & Penaung MAK) dan YBrs Ustazah Fazidah bt Mohd Yusof (Ahli AKRAB Johor).

11822354_1028680170485711_4525596328476540808_nSesi terkhir merupakan perkongsian pengalaman ahli AKRAB iaitu Encik Ibrahim bin Bujang (ahli jawatankuasa AKRAB Kementerian Belia dan Sukan). selain slot pembentangan, forum dan perkongsian pengalaman, peserta juga berpeluang mengunjungi gerai pameran dan jualan yang dikendalikan oleh Majlis AKRAB Kebangsaan, AKRAB SUK Johor, PTPTN, JPA4U, Pejabat Kesihatan dan beberapa agensi lagi.

11831669_1030036557016739_6952189957411385211_n

Anugerah “Amalan Terbaik AKRAB” berupa pingat Gangsa, Perak dan Emas telah di berikan kepada 8 buah organisasi yang berjaya terpilih. AKRAB SUK Johor pula telah menerima Anugerah Khas Kecemerlangan.

Secara keseluruhannya konvensyen ini telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Advertisements
Posted in Berita

Keajaiban Terapi Minda

Jangan lupa untuk mendapatkan buku “Keajaiban Terapi Minda” di Konvensyen AKRAB Kebangsaan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bharu pada 11 Ogos 2015. Buku Tulisan mantan Presiden MAK  Tn Hj. Ab. Latif bin Ibrahim dan Dr. Raja Kamariah Raja Mohd Khalid ini wajar dimilik oleh setiap ahli AKRAB dan sesiapa sahaja yang ingin mengoptimumkan penggunaan minda.

Minda