Memandangkan masih terdapat sebilangan peserta yang perlu mendapatkan kebenaran ketua jabatan dan sebagainya bagi menyertai Kursus Art Drawing- House Tree Person (AD-HTP). Tarikh tutup kursus dilanjutkan sehingga 8 Mei 2017. Di harap pelanjutan tarikh tutup ini memberi peluang kepada sesiapa yang berminat turut serta kursus ini.
Month: April 2017
Keputusan UKJK – PWC 2017
Syabas diucapkan kepada semua peserta Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC) yang telah berjaya mengikuti Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Berikut disertakan keputusan ujian berkenaan. Semoga memberi manfaat kepada tuan/puan peserta program sekalian. Anda boleh semak atau muat turun keputusan di bawah :
Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy Sukses !!!
Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC) merupakan program anjuran bersama Unit Psikologi Kaunseling dan Jawatankuasa AKRAB Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis AKRAB Kebangsaaan (MAK). Seramai hampir 300 orang ahli AKRAB dan penjawat awam dari seluruh negara menyertai program yang julung-julung kali diadakan di Pusat Latihan MARDI, Serdang.
Pelaksanaan PWC adalah berbentuk fitness and health awareness. Ianya dipilih sebagai satu platform terkini ke arah pemahaman elemen psikologi dengan tema yang dipilih iaitu Keep Calm & Live Healthy. Pendekatan ini di harap dapat memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai elemen kesihatan secara holistik terutamanya dari sudut kesejahteraan fizikal (kecergasan), psikologi (kesihatan mental) dan kewangan (pengurusan kewangan) agar ianya dapat diseimbangkan dan dapat dapat diaplikasikan secara sihat dalam persekitaran organisasi.
PWC menyuntik elemen moden bagi menyeimbangi keperluan humanistik kini yang lebih urban dan mencabar. Justeru, program yang menyeimbangi antara fizikal dan emosi sangat penting diterapkan bagi jiwa warga kerja masa kini. Gaya hidup kini yang berlandaskan serba serbi moden kadangkala membawa kesan negatif seperti tidak mengambil berat tentang kesihatan dan tidak bergiat aktif dengan aktiviti sukan dan riadah.
Dengan gaya hidup yang sibuk, kita juga alpa dan mengabaikan keperluan elemen kesihatan minda (IQ), emosi (EQ), spiritual (SQ) dan fizikal (FQ) kita. Keperluan bagi menyeimbangkan kelima-lima elemen tersebut adalah perlu dalam kita berusaha untuk mencapai hasrat YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang mahukan perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun penyampaian untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Fokus delivery, delivery and delivery (penyampaian, penyampaian dan penyampaian) ini boleh dicapai sekiranya lebih ramai penjawat awam berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental dan seterusnya dapat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih baik dan berkualiti lagi.
Peserta PWC telah mengikuti 3 aktiviti utama yang diatur iaitu pertama Sesi perkongsian ilmu berkaitan Kesejahteraan Mental yang dikendalikan oleh Dr. Ahmad Rostam bin Md Zin, Pakar Psikiatri Hospital Putrajaya. Seterusnya Slot Kesejahteraan Kewangan dikendalikan oleh wakil dari Amanah Saham Nasional Berhad dan Slot ketiga bagi Kesejahteraan Fizikal peserta menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang dikendalikan oleh penguji-penguji dari Bahagian Pembangunan Sukan, KBS. Program ini turut dibantu oleh Team Medic dari Institut Sukan Negara.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh YBng Dato’ Nor Inchun binti Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) merangkap Penaung Majlis AKRAB Kebangsaan. Beliau berucap mewakili Dato’ Sri KPPA. Sebelum itu YBhg Dato’ turut mendengar rumusan Ujian Kercergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang disampaikan oleh Ketua Penguji UKJK yang juga pegawai dari KBS.
Terima kasih di ucapkan kepada pihak-pihak yang memberikan kerjasama di dalam menjayakan PWC ini, Hospital Putrajaya, Amanah Saham Nasional Berhad, Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Institut Sukan Negara (ISN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga Pusat Latihan MARDI, Serdang. Semoga program ini memberikan manfaat yang maksimum kepada semua peserta.
Kunjungan hormat terhadap TKPPA(O)
Presiden MAK, Encik Pauzan bin Ahmar bersama beberapa orang ahli jawatankuasa MAK dan juga wakil Jawatankuasa Program “Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC)” telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YBhg Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) pada 17 April 2017.
Kunjungan ke Pejabat YBhg Dato’ di JPA ini bertujuan untuk memberikan penerangan lanjut berhubung Program PWC yang akan berlangsung pada 18 April 2017 di Pusat Latihan MARDI Serdang. Program ini dijangka akan melibatkan penyertaan kira-kira 300 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli AKRAB dan penjawat awam dari seluruh kementerian, jabatan agensi dan pejabat SUK. YBhg Dato’ dijangka akan mewakili YBhg Dato’ Sri KPPA menyempurnakan Majlis penutupan pada jam 4.00 petang.
Di dalam pertemuan ini YBhg Dato’ menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang Psikologi dan kaunseling. Beliau akan menyokong sebarang usaha memajukan bidang ini. Program AKRAB dan Pementoran juga bagi beliau amat baik dan boleh dimantapkan lagi. Mengakhiri pertemuan ringkas ini, Presiden MAK telah menghadiahkan YBhg Dato’ sebuah buku Pelan Strategik AKRAB 2016-2020.
Borang UKJK – PWC 2017
Salah satu aktiviti di dalam program Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy ialah Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Ujian ini akan dikendalikan oleh pegawai yang berkepakaran di dalam bidang berkenaan dari Kementerian Belia dan Sukan.
Bagi memudahkan urusan, para peserta di sarankan agar memuat turun (download) 3 borang yang berkaitan. Sila isi maklumat di ruangan yang berkenaan dan bawa pada 18 April 2017.
Borang 1 – SURAT AKUAN PESERTA
Borang 2 – LAMPIRAN 2 PESERTA – Borang UKJK
Borang 3 – PAR-Q
Panduan peta jalan ke PWC 2017
Kepada semua yang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC) 2017. Berikut adalah peta jalan ke Pusat Latihan MARDI, Serdang. Pastikan anda merancang perjalanan sewajarnya. Masuk melului pintu MARDI. Sebagai panduan sila gunakan koordinat GPS di dalam peta di bawah.