Posted in Informasi

BORANG PENILAIAN PROGRAM : KURSUS SKUAD WAJA – AKRAB 2022

Terima kasih dan Tahniah kerana Tuan/Puan telah mengikuti Kursus Skuad Waja – AKRAB 2022. Secara bersemuka atau dalam talian (online) dengan jayanya pada 29 Mac 2022. Sila lengkapkan borang penilaian program berikut.

Sijil hanya akan disediakan kepada peserta yang melengkapkan borang penilaian ini. Pastikan maklumat diisi dengan lengkap.

Sila klik link untuk penilaian : https://forms.gle/FFeyhQY1YFSKYgBu8

Sekian, Terima kasih.

Sekretariat
Majlis AKRAB Kebangsaan

Posted in Pegumuman

Pendaftaran SEGERA – Kursus Skuad Waja

Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menganjurkan Kursus Skuad Waja secara bersemuka pada 29 Mac 2022 (Selasa) jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Auditorium JPA, Aras 4, Blok C1, JPA Putrajaya.

Ahli AKRAB dan Penjawat Awam yang berminat dijemput menyertai kursus ini. Penyertaan adalah PERCUMA dan membawa nilai 1 hari berkursus. Makan minum dan sijil penyertaan disediakan. Sebaik sahaja berdaftar Tuan/Puan akan dihubungi oleh Urus Setia untuk urusan selanjutnya (Surat jemputan Kursus).

Sila klik dan isi link ini untuk pendaftaran : https://forms.gle/mw6EHYfm1MXfest96

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pn. Hjh Wan Ruhimah Abd Ghani di talian 013-9208151.

Posted in Makluman

Kursus Skuad Waja  – AKRAB 2022

Skuad waja merupakan satu program yang diinisiatifkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pihak JPW telah menjemput JPA dan MAK untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda Skuad Waja. Perbincangan awal dan sesi taklimat telah dilaksanakan akhir tahun lepas. Modul yang disediakan amat baik dan  bersesuaian untuk di dedahkan kepada ahli AKRAB dan seluruh penjawat awam.

Skuad Waja berperanan memperkasa komuniti melalui psikososial dan aktiviti bimbingan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah. Ia juga memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.  Objektif Skuad waja adalah seperti berikut:

  • Menjadi agen wanita WAJA (menangani keganasan terhadap wanita) dalam komuniti;
  • Memperkasa komuniti melalui aktiviti psikososial dan bimbingan dalam menangani isu keganasan;
  • Membantu dalam membina sebuah masyarakat yang saling bantu membantu dan meningkatkan keharmonian

Kursus Skuad Waja secara bersemuka dan atas talian akan diadakan pada 29 Mac 2022 bertempat di Auditorium, Jabatan Perkhidmatan awam.

Penyertaan secara atas talian (Online) telah penuh (Terhad 200 orang terawal sahaja). Walaubagaimanapun penyertaan secara bersemuka masih dibuka. Sila klik dan isi link ini untuk pendaftaran kursus secara bersemuka : https://forms.gle/mw6EHYfm1MXfest96

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pn. Hjh Wan Ruhimah Abd Ghani di talian 013-9208151.