Posted in Makluman

MAK Sertai Misi Sukarelawan Bencana Pasca Banjir

20150102_151102Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) mempelawa ahli-ahli AKRAB yang berminat dari seluruh negara untuk mengikuti Program Sukarelawan Bencana Pasca Banjir pada 4 – 7 Januari 2015. MAK akan menyertai Misi Belia Prihatin anjuran KBS – MBM. Ahli-ahli AKRAB yang berminat boleh menghubungi Setiausaha MAK di talian 019-9112878.

Posted in Berita

Panel Penilai Anugerah Pengiktirafan AKRAB Perkhidmatan Awam

MAK juga terlibat secara langsung sebagai panel penilai Anugerah Pengiktirafan AKRAB Perkhidmatan Awam bagi memilih penerima Anugerah AKRAB Utama (kategori Individu) dan AKRAB Gemilang (Kategori Organisasi). Wakil MAK terlibat di semua peringkat penilaian. Mesyuarat Panel Panel Penilai telah berlangsung pada 20 November 2014 dan 1 Disember 2014. Penganugerahan telah diadakan semasa Majlis Pentauliahan AKRAB Ke-10 di Hotel Royale Bintang, Pulau Pinang pada 11 Disember 2014.

20141211_104456