Posted in Uncategorized

Majlis Iftar MAK sederhana tetapi meriah

Majlis Iftar Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah diadakan dalam suasana yang sederhana tetapi meriah di Dewan Perhimpunan MOSTI Putrajaya pada 30 Jun 2016. Majlis ini telah dihadiri oleh kira-kira 60 orang ahli AKRAB dan Pegawai Psikologi dari pelbagai agensi awam. Dr. Abdul Jalil bin Hassan, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam menjadi tetamu kehormat acara tahunan ini. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan tazkirah Ramadhan. Semoga lebih ramai ahli AKRAB dapat menyertai program sebegini pada masa akan datang.P1090948P1090966

Advertisements
Posted in Berita

AKRAB perintis “Certified Motivator”

YBhg Dato’ Dr. Abd. Halim bin Mohd Husin (Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam) di dalam majlis penutup “Bengkel Pembangunan Modul Bersepadu MAK” di Putrajaya pada 30 Jun 2016 menyatakan satu program khas yang dinamakan “Certified Motivator” akan dilancarkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA International).

P1090909

Beliau yang juga merupakan Presiden  PERKAMA International memaklumkan  seramai 30 orang ahli AKRAB akan menjadi perintis kepada program ini. Ahli AKRAB yang terpilih akan diberikan latihan, mengikuti ujian dan perlu menyiapkan tugasan yang ditentukan sebelum di iktiraf sebagai motivator bertauliah. Pada masa sekarang AKRAB mempunyai keahlian seramai lebih 11,000 orang yang bertugas di dalam perkhidmatan awam di seluruh negara. Seramai 300 orang telah disenarai pendek untuk diserap di dalam program AKRAB Pakar dan seterusnya 30 orang akan diberikan latihan bagi mendapatkan persijilan “Certified Motivator”. Ahli AKRAB yang telah mendapat pengiktirafan berkenaan akan memberikan sumbangan yang lebih bermakna di dalam meningkatkan produktiviti, integriti dan motivasi penjawat awam.

Posted in Berita

Bengkel Pembangunan Modul Bersepadu MAK

Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs), Jabatan Perkhidmatan Awam telah menganjurkan “Bengkel Pembangunan Modul Bersepadu MAK” pada 30 Jun 2016. Bengkel ini telah diadakan di Dewan Perhimpunan Kementerian Sains, Teknologi dan  Inovasi (MOSTI), Blok C4, Putrajaya. Seramai kira-kira 40 orang ahli AKRAB dan Pegawai Psikologi terlibat menjayakan bengkel Siri 1 ini. Bengkel ini diadakan bertujuan menghasilkan Modul Khas yang akan digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti dan motivasi penjawat awam. MAK dijangka akan melatih lebih 10,000 orang penjawat awam melalui modul khas yang dibangunkan ini. Modul ini adalah cetusan idea  YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri), selaku Penung Kehormat MAK.

P1090934

P1090840

Majlis penutup bengkel telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Dr. Abd. Halim bin Mohd Husin (Pengarah BPPs). Di dalam ucapan penutup tersebut beliau amat berbangga dengan usaha yang telah di ambil oleh MAK ini dan akan memastikan modul yang dihasilkan ini mendapat pengiktirafan nasional dan antarabangsa.  Pada majlis yang sama YBhg Dato’ telah menyampaikan surat pelantikan Jawatankuasa MAK Sesi 2015-2017 dan surat pelantikan Ketua Pasukan “Task Force” Modul khas yang terdiri  daripada Pasukan Pembangunan Modul Khas, Pasukan Pelaksana Program Khas dan Pasukan Penilaian Program Khas.