Posted in Berita, Kongsi Pengalaman

Jom Sertai Perkongsian “Amalan Terbaik AKRAB”

Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan Kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA bercadang untuk mengadakan satu usaha terancang dan sistematik bagi mengumpul amalan-amalan terbaik AKRAB dari setiap kementerian, jabatan dan agensi untuk diterbitkan dalam bentuk sebuah buku kompilasi. Buku ini dijangka akan dicetak dan diedarkan di dalam Konvensyen AKRAB Kebangsaan Tahun 2014.

Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB atau ringkasnya ATA merujuk kepada apa-apa sahaja program, aktiviti, latihan, sistem, prosedur, kaedah, penyertaan, inovasi dan kreativiti, kepimpinan, kerja-kerja kesukarelaan (Corporate Social Responsiblities – CSR), pengurusan organisasi dan sebagainya yang telah dilaksanakan oleh organisasi AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi bermula dari tahun penubuhan sehingga sekarang. Pelaksanaan ATA ini dapat memberikan nilai tambah, impak positif, meningkatkan imej, memberi manfaat kepada ahli dan organisasi AKRAB khasnya serta perkhidmatan awam amnya.

Sehubungan itu setiap organisasi AKRAB di kementerian / Jabatan / agensi  DIWAJIBKAN menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan. Surat jemputan penyertaan dan garis panduan telah diedarkan kepada setiap kementerian, jabatan dan agensi yang mempunyai organisasi AKRAB.  Borang yang telah lengkap diisi berserta penulisan (write up) ATA hendaklah dihantar kepada sekretariat MAK di Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dan juga menerusi e-mel : afendi@kbs.gov.my pada atau sebelum 26 Mei 2014 untuk tindakan selanjutnya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria di talian 03-88713360 / 019-9112878, E-Mel : e-mel : afendi@kbs.gov.my atau  Puan Juliana binti Megat, Tel : 03-88703028, Fax : 03-88888475 E-Mel : e-mel : juliana@doa.gov.my.

Posted in Kongsi Pengalaman, Tips

Usah risau apa yang orang fikirkan tentang kita !

Pada zaman yang serba kompetatif ini, setiap orang cuba dan berlumba-lumba untuk menunjukkan bakat, kelebihan, kemampuan dan keupayaan masing-masing. Ramai yang cuba menjadi super hero. Boleh buat apa sahaja dan sanggup buat apa sahaja. Alhamdulillah jika penonjolan tersebut dilakukan secara jujur, ikhlas, semulajadi dan lahir dari hati yang suci,  ianya tidak menjadi sebarang masalah. Tetapi sebaliknya, jika penonjolan tersebut hanya semata-mata satu lakonan, atau semata-mata untuk  memuaskan hati orang lain ianya sudah tentu agak membimbangkan.

Yang membimbangkan ialah, kita akan menjadi seorang yang resah gelisah dan   stres sentiasa, sebab kita cuba  menggembirakan orang lain. Dengan kata lain, kita cuba menjadi insan SUPER kerana nak selamatkan dunia.

Individu yang TERLALU mementingkan pendapat orang lain atau memikirkan tentang apa orang kata, sering MELAKUKAN SEDIKIT PERKARA SAHAJA. Mereka terperangkap dalam cubaan menjaga perasaan orang lain. Saya sedar kerana saya juga  adakalanya  menjadi people pelaser, iaitu suka melakukan perkara bagi menyenangkan hati orang lain.   Saya sering risau pada pandangan  rakan sekerja dan staf bawahan berkenaan diri saya lebih daripada apa yang dapat saya lakukan. Tetapi akhirnya saya sedar, setiap manusia perlu meneruskan hidupnya sendiri. Akhirnya saya faham dalam lubuk hati saya perkara betul yang saya lakukan lebih penting daripada mengambil hati ataupun membuat orang lain merasa kagum pada saya setiap masa. Ini bukan bermakna kita ambil mudah atau tidak menghiraukan perasaan orang langsung. Tetapi berpada-pada.

Kita tidak dapat lari daripada kesilapan dan kegagalan, Jadi lebih baik saya lakukan sahaja perkara yang  apa saya patut lakukan. Jika kita mahu mencapai kreadibiliti dengan rakan sejawat, kita hanya perlukan diri kita. Sekiranya kita tidak berpura-pura, adakah semua orang menyukai kita ? Tidak juga kan…belum tentu. Tetapi jika kita berpura-pura, ini menyebabkan semua orang tidak menyukai kita. Malah ia menyebabkan kita semakin tidak disukai.

Kesimpulannya, kita perlu menjadi diri kita sendiri. Bagus untuk berusaha menjadi lebih baik setiap hari, tetapi kita perlu sedar ”No body Perfect” yang penting Try our best. Lord Baden Powell, Pengasas Pergerakan Pengakap Dunia  pernah mengatakan ”Buat satu perkara yang baik setiap hari”, anda akan rasai perbezaanya. Walaupun hanya dengan melemparkan satu senyuman atau tegur hai !.  Insyallah kepuasannya kita akan rasai. – Admin

Sumber : http://myfendi.esq2u.com/

Posted in Berita, Kongsi Pengalaman

Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali ke 17 “Budaya Pengiktirafan : Antara Realiti dan Ekspektasi”

Budaya Pengiktirafan di dalam perkhidmatan awam pada masa sekarang adalah pada tahap sederhana, begitulah hasil kajian yang diperolehi oleh Bahagian Pengurusan Psikologi JPA (BPPs)  berdasarkan soal selidik terhadap 1891 orang responden di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kertas Kerja Bertajuk “Budaya Pengiktirafan : Konsep dan Aplikasi“ telah dibentangkan oleh Dr. Aris Kasan (Pengarah BPPs) di Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Seminar yang berlangsung selama dua hari ini iaitu bermula 5 – 6 Julai 2011 menampilkan barisan  pembentang kertas kerja dan panel forum yang terdiri dari tokoh akademik, tokoh perniagaan dan selebriti tempatan. Tema Seminar Psikologi kali ke 17 ini ialah “Budaya Pengiktirafan : Antara Realiti dan Ekspektasi”. YBhg Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan, Ketua Setiausaha Negara, telah menyampaikan ucap utama dan menyempurnakan majlis perasmian seminar yang dihadiri oleh Pegawai Psikologi, Pengurus Sumber Manusia agensi perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan pelajar IPT tempatan.

Pada hari pertama, dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu yang pertama “Budaya Pengiktirafan : Konsep dan Aplikasi” oleh Dr. Aris Kasan, Pengarah BPPs.  Kajian ini secara umumnya inign melihat budaya pengiktirafan dalam organisasi perkhidmatan awam. Budaya pengiktirafan ini dilihat berdasarkan kepada empat perkara iaitu i) amalan memberi pengiktirafan di kalangan pengurusan organiasi, ii) amalan memberi pengiktirafan di kalangan warga organisasi, iii) pelaksanaan aktiviti pengiktirafan dalam organiasi, serta iv) kemahiran memberi pengiktirafan dalam organisasi.

Continue reading “Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali ke 17 “Budaya Pengiktirafan : Antara Realiti dan Ekspektasi””