Posted in Uncategorized

Pelancaran buku “Kompilasi Amalan Terbaik AKRAB”

Buku Kompilasi Amalan Terbaik AKRAB (ATA) ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) pada 19 Jun 2014 dalam Majlis Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 5 di Grand Ballroom, Hotel De Palma Shah Alam, Selangor.

20140619_153942(0)

Amalan Terbaik AKRAB (ATA) merujuk kepada program, aktiviti, latihan, sistem, prosedur, kaedah, penyertaan, inovasi dan kreativiti, kepimpinan, kerja-kerja kesukarelaan (Corporate Social Responsibilties – CSR), pengurusan organisasi dan sebagainya yang telah dilaksanakan oleh organisasi AKRAB di semua kementerian, jabatan dan agensi. Pelaksanaannya akan dapat memberi manfaat, nilai tambah, impak positif dan peningkatan imej kepada ahli dan organisasi AKRAB khasnya serta Perkhidmatan Awam amnya.

Penghasilan buku ini merupakan satu usaha yang terancang dan sistematik bagi tujuan pengumpulan amalan-amalan terbaik AKRAB dari setiap peringkat agensi Kerajaan. Penulisannya pula dapat membantu ahli dan organisasi AKRAB bertukar-tukar ilmu dan pengalaman tentang amalan terbaik yang pernah dan sedang dilaksanakan. Setiap ATA yang dikongsikan adalah unik dan boleh diaplikasikan oleh mana-mana organisasi AKRAB mengikut kesesuaian. Perkongsiannya pula berorentasikan pembelajaran, perkongsian dan penilaian serta pengiktirafan terhadap ATA yang telah berjaya dilaksanakan.

Kesinambungan di antara ATA dengan agenda transformasi dilihat sebagai suatu platform perubahan ke arah penambahbaikan amalan AKRAB. Sebagai agen penggerak kepada perubahan ini, ahli AKRAB perlu mendahului perubahan di dalam diri sebelum berkembang ke dalam organisasi seterusnya kepada masyarakat dan Negara.

Posted in Berita

Anugerah “Amalan Terbaik AKRAB Kebangsaan 2014”.

Majlis Penyampaian Anugerah “Amalan Terbaik AKRAB Kebangsaan 2014” telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Zainal Rahim bin Seman – TKPPA(O) di Konvensyen AKRAB Kebangsaan pada 19 Jun 2014. Berikut adalah organisasi AKRAB yang telah berjaya terpilih menerima pingat tersebut.

20140619_110750
Pingat Emas
i. Jabatan Perkhidmatan Awam
ii. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Pingat Perak
i. Jabatan Pertanian Malaysia
ii. Kementerian Belia dan Sukan
iii. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
iv. Jabatan Pendaftaran Negara

Pingat Gangsa
i. Jabatan Perdana Menteri
ii. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
iii. Jabatan Kerja Raya
iv. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM

20140619_135500

Posted in Berita

Konvensyen AKRAB Kebangsaan 2014 meriah

Konvensyen AKRAB Kebangsaan 2015 telah diadakan di Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Jun 2014. Konvensyen ini adalah anjuran bersama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Majlis AKRAB Kebangsaan dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Konvensyen yang di rasmikan oleh YBhg Dato’ Seri Zainal Rahim Seman – TKPPA(O)  ini juga  turut diberikan makna dengan pelancaran buku “Amalan Terbaik AKRAB”. Buku ATA ini merupakan kompilasi amalan terbaik yang telah dilaksanakan oleh ahli AKRAB seluruh negara. Seramai 500 orang ahli AKRAB dari seluruh negara telah menyertai konvensyen tahunan yang bertemakan “AKRAB Agen Transformasi Perkhidmatan Awam” ini. Selain pengisian pembentangan kertas kerja dan forum konvensyen ini turut  Penyampaian anugerah ATA dan Anugerah khas kepada SUK Selangor.

20140619_153750

Posted in Berita

Jemputan Menyertai Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 5

Sukacita di maklumkan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan  kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) akan menganjurkan Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2014. Konvensyen yang bertemakan “AKRAB Agen Transformasi Perkhidmatan Awam” ini akan diadakan pada 19 Jun 2014 (Khamis) bertempat di Dewan Hotel De Palma, Shah Alam.

Sehubungan itu semua ahli AKRAB dijemput untuk turut serta. Penyertaan adalah terhad. Surat jemputan telah dikemukakan kepada Pegawai Psikologi di Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing. Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila hubungi Pegawai Psikologi masing-masing atau Encik  Fathul Adni bin Jasni di talian 03-83164391 atau e-mel : fathul.jasni@1govuc.gov.my.