Kursus i-MIND (Integrated mind for innovation and development) anjuran bersama Majlis AKRAB Kebangsaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah diadakan pada 18 – 20 Oktober 2019 bertempat di Institut Sosial Malaysia, kuala Lumpur. Kursus ini telah di hadiri oleh kira-kira 40 orang ahli AKRAB yang telah dicalonkan oleh Kementerian / Jabatan dan agensi. Di dalam kursus ini peserta telah didedahkan kepada beberapa modul antaranya “Kembara Personaliti”, “Isu dan Solusi” “Dinamika kumpulan” dan Kapsul Spiritual”. Pengendalian kursus dilaksanakan hampir seratus peratus oleh ahli AKRAB yang telah dilatih sebagai AKRAB Pakar Modul i-MIND dengan bimbingan Team Fasilitator/Pembangun Modul i-MIND. Majlis Penutup kursus telah disempurnakan oleh Dato’ Pauzan bin Ahmar, Presiden Majlis AKRAB Kebangsaan.