Posted in Promosi

Kursus AD-HTP Siri 2/2017 Jangan Lepaskan Peluang ini !!!

JEMPUTAN  MENYERTAI  PROGRAM PENSIJILAN PENGAMAL ART DRAWING – HOUSE-TREE-PERSON (AD-HTP) SIRI 2/2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK)  bersama AKRAB Kementerian Belia dan Sukan  akan mengadakan  program di atas seperti butiran berikut :

Nama Kursus  : Pensijilan Pengamal Art Drawing – House Tree – Person (AD-HTP)

Pengendali     :  Prof. Madya Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip

(Pengasas / Master Trainer AD-HTP)

Sasaran peserta  :

Ahli AKRAB / Pegawai Psikologi / Penjawat Awam

Tarikh Kursus    : 16 – 17 Mei  2017 (Isnin – Selasa)

Bahasa Pengantar   : Bahasa Melayu

Tempoh / Masa  : 2 hari (8.30 pagi – 5.00 petang)

Tempat   : Dewan Serbaguna, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,

Putrajaya

Yuran  : RM295.00 seorang sahaja (makan minum untuk 2 hari, nota & bahan kursus dan sijil)

Bayaran yuran penyertaan  boleh dibuat menggunakan pesanan tempatan (LO) dan juga secara tunai (Bank in / EFT) ke dalam akaun Majlis AKRAB Kebangsaan. CIMB Islamic : 8602310836

Surat Jemputan : Surat Jemputan Kursus AD-HTP Siri 2-2017

Borang penyertaan : Borang Penyertaan Kursus Art Drawing HTP Siri 2 – 2017

Jadual Kursus : Jadual Kursus AD-HTP Siri 2-2017

Sehubungan itu semua ahli AKRAB, Pegawai Psikologi dan penjawat awam yang berminat dipelawa untuk mengikuti program ini. Pendaftaran boleh dibuat melalui kementerian / agensi masing-masing atau terus kepada kami.  Bilangan peserta program adalah terhad kepada 25 orang sahaja dan berdasarkan  First come first serve.

Sebarang pertanyaan dan urusan pendaftaran bolehlah Tuan/Puan. menghubungi  Cik Roszelia binti Richard di talian 019-8666642 atau e-Mel : rosze1990@gmail.com / myakrab1@gmail.com

Segala perhatian, komitmen dan sokongan  yang diberikan oleh pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Posted in Promosi

Psychology Wellness Challenge 2017….Jom Sertai

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PSYCHOLOGY WELLNESS CHALLENGE :

KEEP CALM & LIVE HEALTHY 2017

Sukacita dimaklumkan, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK)  bersama Unit Pengurusan Psikologi dan Jawatankuasa AKRAB Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan  Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) akan menganjurkan  program  di atas  seperti butiran berikut :

Tarikh                         : 18 April 2017 (Selasa)

Masa                           : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat                       : Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor.

Pakaian                       : Pakaian Sukan (berkasut sukan)

Tentatif Program      : Rujuk Lampiran B – Tentatif Program PWC

Untuk makluman, Program ini  dijalankan secara hands on.  Pengisian program antaranya ialah berkaitan kesejahteraan fizikal, mental dan pengurusan kewangan peribadi yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar di dalam bidang berkaitan. Objektif program ialah :

  1. Mendedahkan kepada peserta berhubung gaya hidup sihat dan pengurusan diri yang meliputi aspek kesejahteraan fizikal dan mental.
  2. Mengaplikasi kemahiran dan teknik meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental secara hands on.
  3. Melahirkan penjawat awam yang bijak mengurus emosi dan kesejahteraan diri sepanjang hayat.

Kami sangat berbesar hati menjemput   ahli AKRAB / penjawat awam dari  Kementerian / Jabatan / Agensi  yang berminat  untuk  menjadi peserta. Sila berhubung dengan Pegawai Psikologi di Kementerian / Jabatan / Agensi masing-masing bagi tujuan pendaftaran.

Surat Jemputan : –Jemputan Program PWC 2017

Untuk makluman, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30.00 seorang (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh sahaja). Bayaran ini meliputi  penyediaan makan dan minum serta bahan-bahan program sahaja. Bagaimanapun  segala perbelanjaan lain (pengangkutan, penginapan dsb) adalah di bawah tanggungan kementerian, jabatan atau agensi masing-masing.

Bersama-sama ini dilampirkan borang pengesahan kehadiran peserta di   untuk makluman dan tindakan  lanjut.

BORANG PENYERTAAN : Borang Penyertaan PWC

Borang berkenaan perlu dihantar kepada urus setia   sebelum atau pada 7 April 2016 (Jumaat). Borang pendaftaran yang telah siap diisi hendaklah dihantar bersama-sama yuran penyertaan. Yuran boleh dibayar dalam bentuk “Pesanan Tempatan”, Cek, Bank in atau Online Transfer di atas nama “Majlis AKRAB Kebangsaan” No. Akaun : 8602310836  – CIMB Islamic.

Sebarang pertanyaan berkaitan penganjuran program  ini, sila hubungi  Cik Roszelia binti Richard di talian: 03-88855215 / 019-8666642 atau e-mail : rosze1990@gmail.com / myakrab1@gmail.com.