Mitos Khidmat Kaunseling
i. Kaunseling adalah nasihat
ii. Hubungan kaunseling hanya sehala
iii.Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (Klien)
iv. Kaunseling menyelesaikan masalah dan persoalan hidup
Apakah itu Kaunseling ?
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interkasi yang baik, manakala klien memerihal masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh it, fokus perbincangan adalah pada diriĀ klien dan peranannya dalam permasalahannya bukan masalahnya.
Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita dan penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalaui main peranan .
Sumber : Kaunseling Individu – Apa dan Bagaimana (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Halimatun Halailah Mokhtar (1996)