JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PSYCHOLOGY WELLNESS CHALLENGE :
KEEP CALM & LIVE HEALTHY 2017
Sukacita dimaklumkan, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) bersama Unit Pengurusan Psikologi dan Jawatankuasa AKRAB Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) akan menganjurkan program di atas seperti butiran berikut :
Tarikh : 18 April 2017 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor.
Pakaian : Pakaian Sukan (berkasut sukan)
Tentatif Program : Rujuk Lampiran B – Tentatif Program PWC
Untuk makluman, Program ini dijalankan secara hands on. Pengisian program antaranya ialah berkaitan kesejahteraan fizikal, mental dan pengurusan kewangan peribadi yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar di dalam bidang berkaitan. Objektif program ialah :
- Mendedahkan kepada peserta berhubung gaya hidup sihat dan pengurusan diri yang meliputi aspek kesejahteraan fizikal dan mental.
- Mengaplikasi kemahiran dan teknik meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental secara hands on.
- Melahirkan penjawat awam yang bijak mengurus emosi dan kesejahteraan diri sepanjang hayat.
Kami sangat berbesar hati menjemput ahli AKRAB / penjawat awam dari Kementerian / Jabatan / Agensi yang berminat untuk menjadi peserta. Sila berhubung dengan Pegawai Psikologi di Kementerian / Jabatan / Agensi masing-masing bagi tujuan pendaftaran.
Surat Jemputan : –Jemputan Program PWC 2017
Untuk makluman, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30.00 seorang (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh sahaja). Bayaran ini meliputi penyediaan makan dan minum serta bahan-bahan program sahaja. Bagaimanapun segala perbelanjaan lain (pengangkutan, penginapan dsb) adalah di bawah tanggungan kementerian, jabatan atau agensi masing-masing.
Bersama-sama ini dilampirkan borang pengesahan kehadiran peserta di untuk makluman dan tindakan lanjut.
BORANG PENYERTAAN : Borang Penyertaan PWC
Borang berkenaan perlu dihantar kepada urus setia sebelum atau pada 7 April 2016 (Jumaat). Borang pendaftaran yang telah siap diisi hendaklah dihantar bersama-sama yuran penyertaan. Yuran boleh dibayar dalam bentuk “Pesanan Tempatan”, Cek, Bank in atau Online Transfer di atas nama “Majlis AKRAB Kebangsaan” No. Akaun : 8602310836 – CIMB Islamic.
Sebarang pertanyaan berkaitan penganjuran program ini, sila hubungi Cik Roszelia binti Richard di talian: 03-88855215 / 019-8666642 atau e-mail : rosze1990@gmail.com / myakrab1@gmail.com.