Posted in Berita

Program Sukarelawan Bencana Pasca Banjir MAK

Bencana banjir yang melanda negeri-negeri di Semenanjung Malaysia khususnya di pantai timur mulai minggu akhir Disember 2014 telah menyebabkan berlakunya kemusnahan harta benda yang besar dan kesan psikologi yang mendalam terhadap mangsa. Justeru itu Majlis AKRAB Kebangsaan merasakan adalah wajar ahli-ahli AKRAB dari seluruh negara digerakkan ke lokasi-lokasi kejadian bagi membantu mangsa banjir dari aspek fizikal dan juga sokongan emosi.  Gerakan ini di terajui oleh Majlis AKRAB Kebangsaan yang merupakan badan induk AKRAB di peringkat nasional.Bagi memudahkan penyelarasan, pergerakan dan kemudahan kepada sukarelawan  semasa tugasan di jalankan,  pasukan sukarelawan ini telah dilibatkan dengan Bilik Gerakan Sukarelawan Bencana Kementerian Belia dan Sukan (KBS) – Majlis Belia Malaysia (MBM) yang sedang beroperasi di menara KBS, Presint 4, Putrajaya. Kerja-kerja sukarelawan adalah tertumpu kepada program “Pasca Banjir” di lokasi-lokasi yang terpilih. Pada masa yang sama juga  ahli-ahli AKRAB di Kementerian, Jabatan, Agensi dan SUK yang tidak dapat turut serta di dalam misi ini  boleh juga terlibat  memberikan sumbangan menerusi organisasi kerajaan, swasta atau NGO yang menganjurkan program  yang serupa.

150184_918130738207322_1459553675389808311_n

Pada 4 – 7 Januari 2015, MAK bersama-sama Misi Belia Prihatin KBS-MBM  telah ke  negeri Kelantan yang merupakan antara negeri yang teruk di landa banjir. Ahli-ahli MAK bersama kira-kira 300 orang belia, NGO dan Rakan Muda telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ2) Kota Bharu, sekolah, rumah orang tua / kurang upaya dan klinik di sekitar Kota Bharu, Tanah Merah dan Kuala Krai. Di Kuala Krai, aktiviti bertemakan “Tanya dan Bantu”. Peserta

10906256_918133958207000_471820392272467787_n

10922558_918133681540361_6406085862599896820_n

10891602_918136601540069_2817012269925001920_n

bergerak di dalam kumpulan masuk ke kampung-kampung yang telibat dengan bencana banjir dan memberikan pertolongan. Selain sumbangan tenaga bagi kerja-kerja membersihkan kemudahan / rumah, ahli AKRAB juga berpeluang memberikan sokongan moral kepada mangsa banjir dan petugas-petugas sukarelawan yang terlibat. Peserta juga sempat menderma darah di HRPZ 2 pada hari kedua misi. Sesungguhnya misi ini telah berjaya mendedahkan ahli AKRAB terhadap konsep empati dan juga tanggungjawab sosial.

15508_915081645178898_4113072491907442422_n