Psychology Wellness Challenge

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM PSYCHOLOGY WELLNESS CHALLENGE :

KEEP CALM & LIVE HEALTHY 2017

Sukacita dimaklumkan, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK)  bersama Unit Pengurusan Psikologi dan Jawatankuasa AKRAB Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan  Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE) akan menganjurkan  program  di atas  seperti butiran berikut :

Tarikh                         : 18 April 2017 (Selasa)

Masa                           : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat                       : Pusat Latihan MARDI, Serdang, Selangor.

Pakaian                       : Pakaian Sukan (berkasut sukan)

Tentatif Program      : Rujuk Lampiran B – Tentatif Program PWC

Untuk makluman, Program ini  dijalankan secara hands on.  Pengisian program antaranya ialah berkaitan kesejahteraan fizikal, mental dan pengurusan kewangan peribadi yang akan dikendalikan oleh pakar-pakar di dalam bidang berkaitan. Objektif program ialah :

  1. Mendedahkan kepada peserta berhubung gaya hidup sihat dan pengurusan diri yang meliputi aspek kesejahteraan fizikal dan mental.
  2. Mengaplikasi kemahiran dan teknik meningkatkan kesejahteraan fizikal dan mental secara hands on.
  3. Melahirkan penjawat awam yang bijak mengurus emosi dan kesejahteraan diri sepanjang hayat.

Kami sangat berbesar hati menjemput   ahli AKRAB / penjawat awam dari  Kementerian / Jabatan / Agensi  yang berminat  untuk  menjadi peserta. Sila berhubung dengan Pegawai Psikologi di Kementerian / Jabatan / Agensi masing-masing bagi tujuan pendaftaran.

Surat Jemputan : –Jemputan Program PWC 2017

Untuk makluman, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM30.00 seorang (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh sahaja). Bayaran ini meliputi  penyediaan makan dan minum serta bahan-bahan program sahaja. Bagaimanapun  segala perbelanjaan lain (pengangkutan, penginapan dsb) adalah di bawah tanggungan kementerian, jabatan atau agensi masing-masing.

Bersama-sama ini dilampirkan borang pengesahan kehadiran peserta di   untuk makluman dan tindakan  lanjut.

BORANG PENYERTAAN : Borang Penyertaan PWC

Borang berkenaan perlu dihantar kepada urus setia   sebelum atau pada 7 April 2016 (Jumaat). Borang pendaftaran yang telah siap diisi hendaklah dihantar bersama-sama yuran penyertaan. Yuran boleh dibayar dalam bentuk “Pesanan Tempatan”, Cek, Bank in atau Online Transfer di atas nama “Majlis AKRAB Kebangsaan” No. Akaun : 8602310836  – CIMB Islamic.

Sebarang pertanyaan berkaitan penganjuran program  ini, sila hubungi  Cik Roszelia binti Richard di talian: 03-88855215 / 019-8666642 atau e-mail : rosze1990@gmail.com / myakrab1@gmail.com.