Posted in Pegumuman, Promosi

Pencarian Sebagai Panel Jemputan Program Talk Show #SinggahSembang@MAK

Program SSM dilaksanakan secara atas talian (online) menggunakan medium Facebook Live. Slot pertama bermula pada 12 Mei 2020 dan berterusan sepanjang tahun. Sehingga bulan Disember 2020 sebanyak 10 siri SSM telah dilaksanakan dan berjaya menarik lebih 2583 tontonan. Panel SSM terdiri daripada ahli AKRAB, Pegawai Psikologi dan individu yang secara sukarela berkongsi pengalaman, tips, maklumat berkaitan aspek bimbingan, psikologi, kerjaya, keluarga dan sebagainya yang sangat berfaedah kepada ahli-ahli AKRAB dan juga masyarakat.

Kepada yang berminat untuk membuat perkongsian anda apa sahaja yang berkaitan tip maklumat berkaitan aspek bimbingan, psikologi, kerjaya, keluarga dan sebagainya, ini adalah platform yang tepat untuk anda! Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Setiausaha Kerja Majlis AKRAB Kebangsaan ditalian 019-329 1479.

Untuk menonton Singgah Sembang@MAK boleh masuk ke Official Facebook Majlis AKRAB Kebangsaan https://www.facebook.com/majlisakrab.kebangsaan/ . Sokongan anda kepada program Majlis AKRAB Kebangsaan adalah dorongan kami untuk meneruskan program ini. Jangan lupa like dan share video SSM kami di facebook. Terima kasih!!

Posted in Pegumuman

Penerbitan Buku Kompilasi Kes-Kes Bimbingan 3.0

Salam Sejahtera,

Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) akan menerbitkan buku ‘KOMPILASI KES-KES BIMBINGAN 3.0’. Oleh yang demikian, melalui Exco Penerbitan, MAK mengalu-alukan ahli-ahli AKRAB untuk menulis kes-kes yang pernah dan berjaya dibimbing. Antara objektifnya ialah;

1. Melahirkan ahli AKRAB yang kreatif dalam penulisan;

2. Berkongsi pandangan ahli AKRAB bagi membantu membimbing mereka yang menghadapi masalah;

3. Sebagai bahan rujukan kepada ahli-ahli AKRAB yang lain khususnya yang baru menceburi bidang bimbingan.

Berdasarkan himpunan kes-kes yang diterima, ianya akan di bahagikan kepada isu-isu kekeluargaan, isu kemasyarakatan, isu ditempat kerja dan sebagainya. Penulisan hendaklah dipersembahkan dengan susunan format laporan sesi bimbingan iaitu;.

a. Setiap kes dimulakan dengan gambaran ringkas permasalahan klien yang mengikuti sesi bimbingan.

b. Seterusnya disusuli dengan latar belakang masalah, aplikasi teori (jika ada), proses bimbingan , penilaian dan ulasan AKRAB.

c. Nama klien, jabatan atau tempat kerja klien di dalam penulisan hendaklah menggunakan nama samaran.

Melalui penulisan anda, para pembaca dapat melihat kepelbagaian tingkahlaku dan permasalahan masyarakat yang mungkin wujud khasnya anggota perkhidmatan awam. Kemukakan hasil karya anda ke alamat roslan.pilus@perkeso.gov.my. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2020.

Sebarang pertanyan, sila hubungi;

Roslan Pilus – 012 6050308

Hj. Hasbullah Hj. Mustaffa – 019 3852425

Selamat Menulis……

EXCO PENERBITAN

MAJLIS AKRAB KEBANGSAAN

03/12/2020