Posted in Makluman

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Kepada semua pengunjung blog MyAkrab, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak di ucapkan. Semoga Kem Latihan Ramadhan pada tahun ini akan berupaya menjadikan kita seorang insan yang lebih bersyukur, penyabar, tabah dan kental menghadapi sebarang masalah di dalam kehidupan. – Admin

Posted in Karya

A Thanks to my Friends

Thank you for being there when I needed you…
and even when I didn’t,
Thank you for being there through the good times…
and the bad,
Thank you for being there to encourage my dreams….
and my crazy ideas,
Thank you for catching me…
before I fell down,
Thank you for wiping away the tears…
when I was crying,
Thank you for cheering me up…
and making me laugh,
Thank you for all the great memories…
and the bad,
But most of all… thank you…
For being you!

Sumbangan : Encik Ismail bin Abd. Kodir (AKRAB JPA)

Posted in Motivasi

Berfikiran positif mengikut perspektif Islam

Allah mewajibkan manusia untuk berfkir secara mendalam. Firman Allah yang bermaksud :

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepada mu, penuh dengan barakah supaya mereka memperhatikan (merenungkan) ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran” (Shaad, 38 : 29).

Disamping memantapkan keimanan, pemikiran positif akan membentuk minda yang sempurna dan bijaksana.

Minda yang positif bersikap tidak putus asa terhadap rahmat Allah, tidak sombong dan lupa diri bila diberi kejayaan.

Minda yang positif dapat juga mempengaruhi pembentukan akhlak yang tinggi, melahirkan semangat pengorbanan dan tidak pentingkan diri sendiri.

Sumber : Risalah Psikologi Dalam Organiasi, BPPs JPA – September 2004.

Posted in Motivasi

Kesan berfikiran positif di tempat kerja

Apabila kita sentiasa berfikiran positif dan menjadi satu budaya di tempat kerja, kesan-kesan berikut akan terlihat ;

* Dapat mempengaruhi tindakan, emosi dan perasaan anda untuk menghasilkan tugas yang produktif.

* Menikmati keseronokan dan kepuasan berkerja, melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab serta melihat sesuatu cabaran dan masalah sebagai satu ujian kebolehan dan kewibawaan diri.

* Bermotivasi tinggi dan dapat menghasilkan kerja yang berkualiti serta dapat menyumbang sesuatu yang bermakna kepada organisasi dan negara.

Bersambung…

Sumber : Risalah Motivasi dalam Organisasi, BPPs JPA September 2004.

Posted in Motivasi

Ciri-ciri Individu Berfikiran Positif

Berikut adalah sambungan tajuk ciri-ciri individu yang  berfikiran positif :

*Berusaha bersungguh-sungguh. pemikiran positif akan membuat seseorang menerima keadaannya dengan besar hati dan berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik serta bersyukur apa yang dimilikinya dan bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dimiliki.

*Mencari jalan memperbaiki diri. Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya dan tidak terlalu berharap kepada orang lain. Orang yang berfikiran positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri dan suka berdikari.

* Tidak menyalahkan keadaan. Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya anda perlu menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada diri serta orang lain serta melihat setiap situasi sebagai peluang yang boleh dimanfaatkan.

* Mendengar pendapat orang lain. Orang-orang yang bersikap positif secara terbuka menerima pandangan atau teguran orang lain. Pandangan tersebut boleh dijadikan petunjuk atau panduan untuk memperbaiki diri dan meningkatkan prestasi kerja.

Bersambung..

Sumber : Risalah Motivasi Dalam Organisasi, BPPs – September 2004.

Posted in Motivasi

We are what we think about !

Sekiranya anda tidak mengubah minda anda, anda tidak akan berupaya mengubah sikap anda seterusnya. Pemikiran positif akan menjana tindakan positif dan pemikiran positif akan membuatkan anda bersikap positif. Oleh itu, perubahan minda yang positif akan dapat mengubah hidup anda.

Selain itu anda juga memerlukan kesabaran, kemahuan yang kuat dan kepercayaan untuk mencapai objektif yang anda inginkan.

Apakah ciri-ciri Individu Berfikiran Positif ?

* Semakin tercabar semakin kuat. Setiap cabaran yang mendatang dianggap satu ‘tenaga’ dan satu peluang untuk menguatkan motivasi dan emosi untuk bertindak secara positif dan matang yang mana akan dapat melakukan yang terbaik dalam setiap tindakan yang diambil.

* Menggunakan bahasa dan isyarat tubuh positif. Maksudnya, bahasa yang bernadakan optimis, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat”. selain itu, anda perlu senyum, berjalan dengan langkah tegap dan gerakan tangan yang ekspresif.

Bersambung…

Sumber : Risalah Motivasi Dalam Organisasi, BPPs JPA September 2004.

Posted in Motivasi

Berfikir Secara Positif !

Apa Itu Berfikir Secara Positif ?

Berfikir secara positif ialah satu proses mental yang mana individu secara sedar berusaha untuk mengatasi respon mental dan menggantikannya dengan satu pemikiran baru (Tierney, 2003). Tahukah anda bahawa berfikir secara positif merupakan satu proses pembelajaran dan boleh dipelajari dari semasa ke semasa ? Pembentukan pemikiran sama ada positif atau negatif banyak di pengaruhi oleh persepsi anda pada peringkat awal.

Berfikir Positif Sebahagian Rutin Kehidupan

* Merenungi diri anda. Anda boleh mulakan dengan memberikan perhatian kepada pemikiran anda dan bezakan mana yang positif dan negatif. Sekiranya fikiran negatif melebihi positif, anda mempunyai tugas untuk mengatasinya.

* Renungi diri anda pada keesokannya. Anda boleh mulakan dengan mengenalpasti apakah jenis fikiran negatif yang membelenggu diri anda. Sekiranya anda benci tugas anda, adakah anda benar-benar maksudkan ?

Anda perlu ingat bahawa setiap pembentukan minda negatif akan dapat dizahirkan dalam kehidupan realiti anda.

* Fahami fikiran negatif. Anda akan berjaya mengubahnya, setelah anda memahami fikiran negatif tersebut. Perubahan minda akan dizahirkan kepada perubahan sikap. Setelah anda berjaya mengubahnya, anda dapat melaksanakan pemikiran positif dalam kehidupan anda. 

* Jadikan pemikiran positif sebagai “way of life“. pembentukan dan penghayatan pemikiran positif perlu diterjemahkan dalam bentuk sikap positif sepanjang hayat. Pelaksanaan yang berterusan merupakan satu perubahan yang positif dan akan memantapkan minda dan sikap anda.

* Pengukuhan jati diri. Jati diri yang tinggi dapat membantu dan mengukuhkan pendirian dan sikap yang positif. Kekuatan jati diri dapat menentukan hala tuju dan seterusnya dapat mencipta banyak perkara yang menakjubkan dalam kehidupan anda.

Sumber : Risalah “Motivasi dalam Organisasi” oleh BPPs JPA, September 2004

Posted in Gelak sikit

Paling malas…

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.  Jadi pada suatu hari, Rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.

Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, Katanya : “Saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “Apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :”Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi  : “Saya lebih malas lagi dari dia  Tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “Sampai mana pulak tahap malas awak?”

Maka  jawabnya  : “Kalau saya makan pun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka Raja pun terdiam…..

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

“Saya adalah yang paling malas Tuanku”.

Raja pun bertanya: “Bagaimana pula tahap kemalasan awak ?”

Budak itu pun menjawab  : “Nak cite pun malas”….

Posted in Sinopsis buku

Kyoumi No Chikara

Saya telah membaca sebuah buku yang ringkas dan santai (92 muka surat sahaja) tulisan Ahmad Fauzan Othman. Walaupun sempoi, tetapi terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil darinya. Buku yang saya maksudkan ialah Rahsia “Kyoumi No Chikara”.

Sinopsis Buku :

“Kyoumi No Chikara” Buku ini mengisahkan seorang pemuda bernama Ahmad yang menjalani suatu proses kesedaran jati diri (self-realization) untuk mencari formula kejayaan dalam hidup. Setiap peristiwa yang berlaku sepanjang kisah ini mempunyai pengajaran yang tersurat dan tersirat, sesuai dengan konsep Rahsia “Kyoumi No Chikara” yang akhirnya menjadikan Ahmad seorang individu yang lebih hebat. “Kyoumi No Chikara” bermaksud “Kuasa Minat” (power of interest).

“Kuasa Minat” adalah salah satu faktor utama yang menggerakkan manusia untuk bertindak memulakan sesuatu. Ia merupakan sumber tenaga tanpa had yang membolehkan seseorang itu kekal bermotivasi tinggi, melihat sesuatu dengan lebih teliti, melakukan kerja dengan lebih berkualiti dan mampu merancang masa depan dengan lebih baik.

Di akhir buku juga terdapat nota-nota untuk memudahkan pembaca memahami konsep “Kyoumi No Chikara”.

Buku ini boleh diperolehi di kedai-kedai buku utama, contohnya MPH dengan harga RM14.90 sahaja. Selamat membaca. – MyAkrab Admin

Sumber sinopsis : http://www.fauzan.com.my

Posted in Artikel

Kecerdikan, dimana letaknya ?

Petikan dari Portal : iluvislam.com

Akal merupakan nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Dengan akal, manusia menjadikan ianya sebagai panduan dalam melayari hidup di atas muka bumi dan dengannya juga iman, agama dan akhlak manusia akan menjadi sempurna. Begitu banyak hadis yang menyatakan tidak sempurna akhlak, budi pekerti dan iman seseorang tanpa sempurna akalnya.

Sabda Nabi s.a.w: “Tidak sempurna kebaikan budi seseorang sebelum sempurna akalnya. Ketika itu barulah sempurna imannya. Ketika itu juga ia mampu mentaati Allah dan melawan godaan iblis dan syaitan.” (Riwayat Ibnu Mahbar dari ‘Amr bin Syu’ib)

Ovum-Ovum

Secara biologinya, proses kejadian manusia tiada bezanya dengan binatang. Benih sperma dari air mani bergerak untuk mensenyawakan ovum. Dari banyak-banyak sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya menembusi ovum dan mensenyawakannya (sperma itulah anda).

Dari situ terbentuklah satu sel baru yang akan membahagi kepada dua, empat dan seterusnya sehiggalah menjadi gumpalan sel yang dinamakan embrio. Dari segumpal darah ini terbentuk pula daging dan seterusnya tulang. Kemudian tulang itu dibalut pula dengan daging sebelum terjadinya makhluk bernama manusia.

Namun, di sebalik dijadikan dari air mani yang hina, Allah menganugerahkan manusia dengan akal fikiran, justeru mengangkat manusia di kedudukan yang mulia. Namun begitu, fakta ini hanyalah benar jika akal tersebut digunakan untuk mencari keimanan, menolong agama Allah dan membentuk akhlak yang mulia.

Continue reading “Kecerdikan, dimana letaknya ?”