Posted in Berita

“Singgah Sembang@MAK” (SSM)

Program SSM dilaksanakan  secara  atas talian (online) menggunakan medium Facebook Live. Slot pertama bermula pada 12 Mei 2020  dan berterusan sepanjang  tahun. Sehingga bulan November 2020 sebanyak 8 siri SSM telah  dilaksanakan dan berjaya menarik lebih 1600 tontonan. Panel SSM terdiri daripada ahli AKRAB, Pegawai Psikologi dan individu yang secara sukarela berkongsi pengalaman, tips, maklumat  berkaitan aspek bimbingan, psikologi, kerjaya, keluarga dan sebagainya yang sangat berfaedah kepada ahli-ahli AKRAB dan juga masyarakat. Setiap siri program  mengambil masa 15-30 minit sahaja dan dikendallikan oleh seorang moderator. SSM Khas Aidilfitri bersiaran langsung selama sejam dari Malaysia Hall, London pada 22 Mei 2020.  

Posted in Berita

AKRAB Breakfast Talk (ABT)

Program “AKRAB Breakfast Talk 2020” yang bertemakan “Norma Baharu – Cabaran dan Peluang kepada AKRAB” telah diadakan pada 15 Ogos 2020 bertempat di Auditorium Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putrajaya. Seramai 60 orang ahli AKRAB telah terlibat. Panel  jemputan ABT ialah Prof. Dr Zafir Khan Mohamed Makhbul, Timbalan Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).  Program di laksanakan dengan pematuhan sepenuhnya SOP Covid-19.

Posted in Berita

Kursus i-MIND Siri 1/2019

Kursus i-MIND (Integrated mind for innovation and development) anjuran bersama Majlis AKRAB Kebangsaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah diadakan pada 18 – 20 Oktober 2019 bertempat di Institut Sosial Malaysia, kuala Lumpur.  Kursus ini telah di hadiri oleh kira-kira 40 orang  ahli AKRAB yang telah dicalonkan oleh Kementerian / Jabatan dan agensi. Di dalam kursus ini peserta telah didedahkan kepada beberapa modul antaranya “Kembara Personaliti”, “Isu dan Solusi” “Dinamika kumpulan” dan Kapsul Spiritual”. Pengendalian kursus dilaksanakan hampir seratus peratus oleh ahli AKRAB yang telah dilatih sebagai AKRAB Pakar Modul i-MIND dengan bimbingan Team Fasilitator/Pembangun Modul i-MIND. Majlis Penutup kursus telah disempurnakan oleh Dato’ Pauzan bin Ahmar, Presiden Majlis AKRAB Kebangsaan.

Posted in Berita

Khidmat Sokongan Psikologi – AKRAB Run 2019

Satu kaunter Khidmat Sokongan Psikologi telah dibuka pada 30 Jun 2019 di dewan serbaguna Podium B, Menara KBS  sempena pengedaran race kit  AKRAB Run 2019. Kaunter yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Bertauliah ini menyediakan set ujian personaliti yang mudah difahami  dan dikendalikan serta  mesra pengunjung. Para pengunjung akan diberikan panduan mengenalpasti personaliti masing-masing menerusi instrumen psikologi yang dibuakan. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.

Posted in Berita

Pengiktirafan – “Akreaditasi” terhadap ahli AKRAB

Sesi kunjungan hormat Dato’ Presiden MAK bersama-sama ahli jawatankuasa terhadap YBhg Dato’ Seri Dr. Mat Ali bin Hassan (Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi – BPPs) yang baharu telah diadakan pada 13 Mac 2019 di pejabat beliau. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh kedua-dua orang Timbalan Pengarah BPPs. Perjumpaan yang berlangsung hampir 4 jam ini membincangkan berkenaan hala tuju AKRAB dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Antara perkara yang dibincangkan ialah berhubung cadangan melaksanakan sistem akreaditasi terhadap ahli-ahli AKRAB yang di kenalpasti berpotensi dan berkelayakan sebagai penceramah/trainer akan di berikan latihan khas dan diberikan akreditasi. Ahli-ahli AKRAB ini akan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Asas AKRAB yang sebelum ini dikendalikan oleh Pegawai-pegawai Psikologi. Dengan pengiktirafan ini, ahli-ahli AKRAB dijangka akan dapat memberikan lebih sumbangan terhadap perkhidmatan awam khas nya dan rakyat Malaysia amnya. Garis panduan berhubung perkara ini akan di sediakan dan dibincangkan lanjut di atara kedua-dua belah pihak dalam masa terdekat.