Daftar ahli MAK

PENDAFTARAN KEAHLIAN MAK

Ahli-ahli AKRAB (yang telah ditauliahkan oleh JPA – mempunyai nombor tauliah AKRAB) dari seluruh agensi awam di pelawa untuk menjadi ahli Majlis AKRAB Kebangsaan.  Ahli-ahli AKRAB di sarankan untuk mendaftar sebagai ahli seumur hidup dengan bayaran RM20.00 sahaja (Pendaftaran – RM10 + Yuran seumur hidup RM10)

A. Permohonan keahlian MAK secara manual : DI TUTUP

Sila  muat turun (download) dan lengkapkan borang.   Jangan lupa sertakan slip bayaran sebanyak RM20.00. Borang permohonan keahlian yang telah lengkap di isi (PASTIKAN ada nombor tauliah AKRAB) sila hantar kepada Sekretariat seperti alamat di bawah.

###################################################################

B. Permohonan keahlian MAK secara online : DI BUKA

Ahli AKRAB juga boleh membuat permohonan keahlian dengan mengemukakan permohonan secara dalam talian (online). Sila baca dan semak  contoh borang format online yang disertakan di bawah sebelum tuan/puan membuat permohonan secara online. 

Sila pastikan anda MENGISI MAKLUMAT YANG LENGKAP sebelum menghantar (send) borang permohonan. (PASTIKAN ada nombor tauliah AKRAB) . Jangan lupa masukkan juga Kaedah bayaran pendaftaran dan nombor rujukan pembayaran (No. transaksi bank / online)  di ruang berkenaan. Sila e-mel slip transaksi bayaran dan nyatakan nama tuan/puan kepada pihak sekretariat bagi tujuan pengesahan pendaftaran di alamat e-mel akrab4all@gmail.com.

Untuk Pendaftaran secara Online  sila klik disinihttp://www.mak.org.my/daftar_ahli_baru/

Yuran keahlian sebanyak RM20.00 (Yuran seumur hidup) boleh di bank in / transfer online ke dalam akaun Majlis AKRAB Kebangsaan  CIMB Islamic – 8602310836. 

Anda akan dihubungi oleh pihak kami melalui email dalam tempoh 1 – 2 minggu bagi memaklumkan status pendaftaran dan juga penghantaran resit. Pendaftaran hanya akan disahkan sekiranya sekretariat menerima slip transaksi pembayaran dari pihak tuan/puan. Resit akan dihantar melalui e-mel (pastikan alamat e-mel di taip dengan betul di dalam borang).

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi :

Setiausaha, Majlis AKRAB Kebangsaan,  Puan Manisah binti Saedon, No. telefon bimbit :  017-2531700   E-Mail :  akrab4all@gmail.com

**************************************************************************************

Pangkalan Data MAK (Untuk kegunaan Admin MAK Sahaja) : http://www.mak.org.my/e-mak

Senarai Ahli MAK berdaftar 2015 – 2022 :

a)Rekod Keahlian MAK 2015-2022 – No. Daftar Ahli – Kemaskini 17.10.2022

b)Rekod Keahlian MAK 2015-2022 – No. Daftar Ahli – Kemaskini 17.10.2022 Alphabet