Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-3, Majlis AKRAB Kebangsaan tahun 2020 akan diadakan pada 15 Ogos 2020 (Sabtu), jam 9.00 pagi di Auditorium JPA, Putrajaya.
Bagi melancarkan perjalanan mesyuarat, YBhg Dato’/Tuan/Puan dikehendaki memberikan MAKLUMBALAS AWAL kehadiran. Sila lengkapkan maklumbalas kehadiran di pautan berikut :
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdh-3mA9cdK9RyQ3UY5ZjpklMKEORaD-kiSMhTGoTyo5S-zdg/viewform
Sila kemukakan maklumbalas kehadiran selewat-lewatnya 7 Ogos 2020 (Jumaat).
Maklumat lanjut sila rujuk Notis penuh di Lampiran. Notis AGM MAK 2020
Majlis AKRAB Kebangsaan
Julai 2020
Assalamualaikum dan selamat pagi,
Saya Mazwin binti Mazlan 810429-08-5938.
Persoalan saya:-
Adakah saya telah sah menjadi ahli akrab dan adakah saya boleh menyertai mensyuarat sekiranya masih belum menjadi ahli akrab.
Waalaikumsalam, puan akan menjadi ahli AKRAB yang sah sebaik sahaja mengikuti kursus yang ditetapkan dan ditauliahkan oleh JPA. No. pentauliahan tersebut diperlukan untuk membolehkan puan berdaftar sebagai ahli Majils AKRAB Kebangsaan (MAK)