Posted in Berita

Majlis Iftar Ramadhan MAK 2017

Putrajaya, 21 Jun 2017 – Seramai kira-kira 100 orang ahli AKRAB dan Pegawai Psikologi dari seluruh kementerian telah menghadiri majlis Iftar Ramadhan MAK yang diadakan di Galeri, Menara KBS, Putrajaya. Majlis ini adalah anjuran bersama MAK dan AKRAB Kementerian Belia dan Sukan. Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim di kalangan ahli-ahli AKRAB.

Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan oleh oleh Tuan Hj. Ikram Hussien, Pegawai Psikologi yang merupakan juga seorang personaliti radio Ikim.fm.  Dr. Ruziati Mior Ahamad Ariffin, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA telah sudi menjadi tetamu kehormat.

Majlis turut di hadiri oleh Encik Mazlan bin Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS dan Tn. Hj. Ab. Latif Ibrahim, mantan Presiden MAK. Dr. Ruziati dengan diiringi oleh Encik Pauzan Ahmar (Presiden MAK) dan Encik Fauzi Ariffin (Pengerusi AKRAB KBS) turut berkesempatan melawat Therapy Suites, KBS sebelum majlis bermula.

Posted in Berita

Taklimat Pelaksanaan Modul i-MIND

Modul khas yang dinamakan i-MIND telah dibangunkan bersama oleh satu pasukan yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Psikologi dan Ahli AKRAB. Beberapa siri bengkel,  telah diadakan semenjak pertengahan tahun 2016. Pelaksanaan Modul ini dijangka akan melibatkan sebahagian besar ahli AKRAB dan juga penjawat awam yang terpilih. Sebagai permulaan satu sesi  Taklimat Pelaksanan Modul i-MIND  telah diadakan pada 21 Jun 2017 bertempat di Galeri, Menara KBS, Putrajaya.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohamad Azwan bin Rosli yang merupakan ketua pasukan modul. Sesi ini telah dihadiri oleh kira-kira 60 orang wakil Pegawai Psikologi dan ahli AKRAB dari seluruh kementerian / agensi awam. Turut serta di dalam sesi taklimat ini ialah Encik Sadli bin Osman, Penyelaras AKRAB dari  Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Posted in Makluman

Sesi Taklimat Pelaksanaan Program i-MIND dan Majlis Iftar Ramadhan MAK Tahun 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan kerjasama AKRAB Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan  program di atas seperti butiran berikut :

Tarikh              : 21 Jun 2017 (Rabu)

Masa               : 4.30 petang (Sesi Taklimat Program i-MIND)  6.00 petang (Iftar Ramadhan)

Tempat            : Galeri KBS, Aras G, Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan, Presint 4, Putrajaya

Pakaian           : Pejabat / Sopan & bersesuaian

Sehubungan itu, Presiden dan seluruh ahli jawatankuasa MAK dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput ahli-ahli AKRAB yang berkelapangan untuk turut serta di dalam majlis ini.  Untuk pengesahan kehadiran sila hubungi En. Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria, Setiausaha MAK di talian 019-9112878 atau email : afendi@kbs.gov.my. Sila beri maklumat berikut :

Nama Penuh :

Kementerian / Agensi :

No. Telefon / HP :

Alamat E-Mail :

Aturcara Majlis : Aturcara Majlis Iftar MAK 2017

Surat jemputan akan dikeluarkan kepada ahli AKRAB yang berminat / Terpilih. Tempat adalah TERHAD dan tertakluk kepada “First come First serve” Tarikh tutup pengesahan penyertaan ialah pada 15 Jun 2017 (Khamis) . Sekian, Harap Maklum.

 

Sekretariat

Majlis Iftar Ramadhan, MAK 2017