Posted in Berita

KBS Muncul Kementerian Pertama Wujud “THERAPY SUITE”

PUTRAJAYA, 19 FEBRUARI 2014 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) muncul kementerian pertama yang mewujudkan therapy suite sebagai usaha untuk kesejahteraan emosi dan minda sekiranya rasa tertekan disamping mendapatkan bantuan khidmat nasihat mengenai masalah-masalah saikologi yang boleh menjejaskan produktiviti. Bilik yang terletak di aras 5, Menara KBS itu  menawarkan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. Ia juga mempunyai kelengkapan dan kemudahan serta peralatan terapi yang memenuhi aspek emosi, fizikal dan minda kepada warga kementeriannya. Terapi Suite

Perasmian Therapy Suite telah disempurnakan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil  Salleh. Turut sama di majlis ini,Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr. Abdul Jalil  Hassan. Datuk Jamil ketika berucap di majlis ini berharap agar warga Team KBS dapat menggunakan perkhidmatan yang ada ini untuk kesejahteraan emosi dan minda. Ia tidak harus dilihat sebagai tempat orang yang bermasalah sahaja tetapi terbuka kepada semua warga kerja Team KBS. Mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau ingin menggunakan kemudahan diminta merujuk kepada Unit Pengurusan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS.

Oleh : Fairuz Hj Ibrahim ( Unit Pengurusan Psikologi, BPSM KBS ) – Di Petik dari Laman Portal KBS.

Posted in Pengetahuan Am

Kaunseling bukan memberi nasihat !

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara professional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika kaunselor (Peraturan-peraturan – Kelakuan dan Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).DSCN3633

Manakala nasihat ialah pengajaran dan tunjuk ajar untuk peringatan, diberikan oleh sesiapa sahaja, terdapat elemen tunjuk ajar, cadangan dan cara bagaimana melaksanaknnya, memasukkan elemen nilainya dan tiada elemen potensi diri.

Kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan bertujuan mempengaruhi individu supaya menurut / mengikut sesuatu idealisme, fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam mencapai matlamat kaunseling.20130303_083953

Perkhidmatan kaunseling juga bukan untuk mengambil alih tanggungjawab seseorang individu dalam menyelesaikan masalahnya malah ia merupakan proses kerjasama erat antara kaunselor dengan klien dan seluruh potensi yang ada disekelilingnya (organisasi dan masyarakat). Secara umumnya matlamat perkhidmatan kaunseling adalah seperti berikut :

– Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan;

– Mempertingkatkan kemahiran membuat keputusam;

– Memperkembangkan potensi diri;

– Mengubah tingkahlaku; dan

– Memperbaiki hubungan dengan individu lain.

Ahli Psikologi percaya bahawa setiap individu berhak memberi makna kepada dirinya dan menentukan matlamat hidupnya. proses memberi makna dan menetapkan matlamat inilah yang menyebabkan manusia itu unik dan berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Psikologi juga menerima hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Keadaan ini menyebabkan perkhidmatan kaunseling itu menjadi satu keperluan kepada setiap individu yang ingin lebih berjaya dalam hidup dan bahagia.

Oleh : Sukri Suhaimi, Dipetik dari Buletin AKRAB Jabatan Bomba Edisi 1 – Julai 2013.

Posted in Makluman

Sumbangan anda amat bermakna !

Ahli-ahli AKRAB dari seluruh negara dipelawa menyumbangkan bahan-bahan untuk dimasukkan ke dalam blog MyAkrab. Bahan-bahan boleh meliputi tips-tips, rencana, artikel, aktiviti-aktiviti yang diadakan, petua, cerita motivasi, perkongsian pengalaman, karya  dan sebagainya. DSCN3676Bahan-bahan perlulah dihantar dalam bentuk soft copy kepada pentadbir blog melalui e-mel  afendi@kbs.gov.my. Sila nyatakan sumber tulisan atau bahan-bahan tersebut, sama ada tulisan asal atau dipetik dari blog lain atau mana-mana bahan cetakan.

Bahan-bahan boleh disumbangkan pada setiap masa. Tak perlu panjang sangat. Lagi bagus jika disertakan gambar-gambar program yang menarik. – Blog Admin.

Posted in Makluman, Pengetahuan Am

Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam  (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai  Pembimbing Rakan Sekerja  sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Kewujudan AKRAB dalam perkhidmatan awam kini telah menjangkau usia  lapan tahun.  Keahliannya telah mencecah angka  melebihi 8000 orang pada tahun 2013. Dalam tempoh tersebut  seramai lapan (8) orang ahli AKRAB dan lapan  (8) buah organisasi telah berjaya menerima pengiktirafan yang diberikan secara dwi tahunan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

2012-09-11 11.54.55

Dalam tempoh tersebut juga pelbagai program, aktiviti, latihan, pendekatan, sistem, kempen,  dan sebagainya telah dibangun dan dilaksanakan oleh AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi  yang boleh dikongsikan sebagai  amalan terbaik. Pengalaman yang dilalui oleh setiap organisasi ini wajar di rekodkan secara bertulis bagi membolehkan ianya di ketahui dan dikongsikan untuk manfaat bersama.

Cadangan Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB    adalah bagi membolehkan satu usaha terancang dan sistematik dilakukan untuk mengumpul amalan-amalan terbaik AKRAB  dari setiap kementerian, jabatan dan agensi  untuk diterbitkan dalam bentuk   sebuah buku kompilasi. Selain itu amalan terbaik tersebut juga akan dinilai dan  diberikan pengiktirafan yang bersesuaian. Program ini sebenarnya bukanlah bercorak pertandingan, sebaliknya menggalakkan perkongsian secara ikhlas dan sukarela.

cropped-p1030011.jpg

Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB atau selepas ini disebut ATA  merujuk kepada apa-apa sahaja program, aktiviti, latihan, sistem, prosedur, kaedah, penyertaan, inovasi dan kreativiti, kepimpinan, kerja-kerja kesukarelaan (Corporate Social Responsiblities – CSR), pengurusan organisasi dan sebagainya yang telah dilaksanakan oleh organisasi AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi bermula dari tahun penubuhan sehingga sekarang. Pelaksanaan ATA ini dapat  memberikan nilai tambah, impak positif, meningkatkan imej,  memberi manfaat kepada ahli dan organisasi AKRAB  khasnya  serta  perkhidmatan awam  amnya.

Objektif

  • Memberi peluang kepada organisasi AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi berkongsi dan menonjolkan  ATA yang telah dan sedang  dilaksanakan;
  • Mendokumentasikan ATA untuk rujukan dan tatapan umum menerusi penerbitan buku kompilasi; dan
  • Membuat penilaian dan memberikan pengiktirafan terhadap ATA yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

.Bersambung