Mesyuarat Agung MAK Kali Pertama – 2015 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Putrajaya pada jam 3.30 petang 1 Oktober 2015. Mesyuarat ini dihadiri oleh 26 orang yang terdiri dari Jawatankuasa Protem MAK dan juga ahli-ahli MAK yang baru berdaftar. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
- Melantik Seorang Pengerusi dan Dua Orang Setiausaha Mesyuarat.
- Ucapan Presiden Jawatankuasa Protem MAK.
- Pembubaran Jawatankuasa Protem.
- Pemilihan Jawatankuasa MAK bagi sesi 2015 – 2017.
- Ucapan Penangguhan Mesyuarat.
Bagi memilih ahli jawatankuasa MAK Sesi 2015-2017, pencalonan dibuka dan berikut adalah keputusan yang diperolehi setelah pengundian dilakukan:-
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
Mesyuarat sebulat suara bersetuju ketiga-tiga jawatan ini tidak di pertandingkan pada mesyuarat Agung pada kali ini. Sehubungan itu ketiga-tiga jawatan berkenaan kekal di sandang masing-masing oleh :
- Pengerusi – Encik Pauzan bin Ahmar.
- Setiausaha – Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria.
- Bendahari – Encik Noorazmin bin Hassan.
Bagi jawatan Timbalan Pengerusi dan Penolong Setiausaha, mesyuarat sebulat suara bersetuju kedua-dua penyandang jawatan sekarang di kekalkan. Penyandang berkenaan ialah :
- Timbalan Pengerusi – Hj. Shahruddin bin Hj. Yusof
- Penolong Setiausaha – Puan Maslina binti Abdul Kadir
Manakala bagi Ahli Jawatankuasa mesyuarat sebulat suara bersetuju mengekalkan tiga orang ahli jawatankuasa Protem yang menghadiri Mesyuarat Agung MAK Tahun 2015 iaitu:
- Encik Mohd Zainudin bin Mohd Esin.
- Tuan Azmi bin Ibrahim.
- Ir Hj. Mohd Haizi bin Harun @ Mohamed Nor.
Mesyuarat juga bersetuju sebulat suara melantik enam orang Ahli Jawatankuasa baru bagi mengisi kekosongan jawatan. Calon-calon yang berjaya ialah:
- Encik Zainal Abidin bin Ramli.
- Encik Mohd Fauzi bin Ariffin.
- Encik Mohd Basri bin Abdullah.
- Encik Mohd Roslan bin Pilus.
- Encik Ibrahim bin Bujang.
- Puan Siti Mariam binti Ali.
Bagi pelantikan Juru Audit pula, mesyuarat turut bersetuju sebulat suara melantik dua orang Juru Audit iaitu:
- Encik Mohammad Azwan bin Rosli.
- Puan Fatimah bt. Mohamad @ Yousof.
Di dalam ucapan penangguhannya Pengerusi MAK merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir kerana telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus menerajui MAK bagi sesi 2015 – 2017.
Pengerusi menyeru agar setiap ahli AKRAB mendaftar sebagai ahli MAK bagi membolehkan rekod dikemaskini dengan lebih sistematik dan pelbagai program yang berfaedah kepada ahli diselaraskan di peringkat kebangsaan. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Psikologi JPA yang telah banyak berjasa kepada organisasi AKRAB.