Bengkel ini telah berlangsung di Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs), JPA, Menara Sri Wilayah, Putrajaya pada 17 Februari 2015. Sebanyak 3 slot pengisian telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu slot pertama “Taklimat AKRAB Care dan Penyediaan Pelaporan” oleh Encik Sadli Osman, Ketua Kluster Psikologi dan Psikoterapi BPPs manakala slot seterusnya yang bertajuk “Pengurusan Krisis Teman Sekerja oleh Ahli AKRAB” di sampaikan oleh Prof. Dr. H. Mungin Eddy Wibowo yang merupakan Ketua Umum Asosiasi Bimbingan dan Konseling Indonesia. Peserta bengkel terdiri dari dua orang wakil dari setiap kementerian. Peserta bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman Prof Mungin yang berpengalaman luas di dalam pengurusan krisis di negaranya. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin, Pengarah BPPs.