Posted in Uncategorized

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ahli MAK

As salam dan salam sejahtera,
Untuk makluman semua, ahli Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah diberikan kemudahan cuti tanpa rekod bagi menghadiri aktiviti, mesyuarat, latihan anjuran MAK. Maklumat lanjut sila rujuk di dalam MyPPSM JPA Versi 1.O (2022) Ceraian SR.5.5.3 muka surat 94 – 97. Muka surat dalam lampiran 142,143, 144 dan 145.

Ahli-ahli MAK juga boleh kemaskini maklumat di dalam HRMIS – Rekod Peribadi – Persatuan/Badan Ikhtisas.

Semoga dengan kemudahan-kemudahan ini kita dapat melaksanakan program MAK dengan lebih lancar dan berkesan.

Terima kasih, harap maklum.

Presiden
Majlis AKRAB Kebangsaan

Lampiran – https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/SR/Kemudahan-Cuti/

Posted in Uncategorized

Selamat Tahun Baru 2023

As salam dan salam sejahtera semua.
Tahun 2022 baharu sahaja berlalu meninggalkan kita. Tahniah kepada semua yang JK MAK Sesi 2022-2024 yang telah mengorak langkah walaupun dalam masa yang agak singkat bermula 24 September lepas. Dalam tempoh kira-kira 3 bulan kita berjaya melaksanakan beberapa siri pameran MAK, perkongsian ilmu anjuran agensi luar, mesyuarat, panel forum dan bengkel perbincangan biro, penerbitan buku, menyewa sebuah ruang premis bangunan untuk pejabat operasi MAK dan yang paling bermakna apabila permohonan MAK untuk diisytihar sebagai persatuan di bawah Perintah Am 42(a) Bab C (Cuti) telah mendapat kelulusan JPA.

Syabas dan tahniah kepada semua. Semoga kita dapat melaksanakan program-program yang dirancang dengan lebih berjaya pada tahun 2023.

Berkhidmat Membimbing

Presiden
Majlis AKRAB Kebangsaan
1 Januari 2023

Posted in Uncategorized

Pelan Strategik AKRAB 2021-2025

Pelan strategik AKRAB 2021-2025 telah dibangunkan secara bersama oleh MAK dan Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam. Majlis pelancaran telah diadakan pada 24 September 2022 di Dewan Mezzanine JPA oleh Puan Siti Hasiah Jusoh (Mewakili YBhg Dato’ Pauzan Ahmar – Pengarah BPPs JPA) di Mesyuarat Agong Dwi Tahunan MAK 2022.

Ahli AKRAB dan juga Penyelaras AKRAB boleh menggunakan pelan ini sebagai rujukan bagi perancangan program AKRAB di agensi masing-masing. Sila muat turun (download) Plan Strategik AKRAB 2021-2025 versi e-book di sini.

Read more: Pelan Strategik AKRAB 2021-2025