MAK

Pengenalan

Penubuhan  Majlis AKRAB Kebangsaan atau ringkasannya MAK adalah lanjutan resolusi Konvensyen AKRAM pada 1 – 2 April 2009 anjuran AKRAM Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) JPA meminta BPPs JPA mengkaji dan menyelaraskan penubuhannya serta menjenamakan AKRAM kepada AKRAB mulai Disember  2009.

Mesyuarat Penubuhan MAK telah diadakan pada 24 April 2009 dihadiri Pegawai Perhubungan dan Pengerusi–Pengerusi AKRAB dari kementerian, jabatan dan agensi. MAK telah dilancarkan dengan rasminya  oleh YBhg Tan Sri Ismail Adam, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) pada 7 Mei 2010 di Konvensyen Pertama MAK yang diadakan di Dewan Serbaguna Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri. Lebih 300 orang ahli AKRAB menyertai konvensyen AKRAB kali pertama ini. Semenjak itu Konvensyen AKRAB Kebangsaan telah diadakan setiap tahun dengan kerjasama Kementerian dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pada 7 Ogos 2015 MAK telah didaftarkan secara rasmi dengan  ROS sebagai sebuah pertubuhan bertaraf kebangsaan dengan nombor pendaftaran PPM-011-16-07082015. Matlamat penubuhan MAK ialah:

  1. badan induk yang menaungi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di peringkat kebangsaan;
  2. menyelaras semua program, aktiviti dan latihan AKRAB di peringkat kebangsaan;
  3. berperanan sebagai perantara antara AKRAB di sektor awam dengan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia.
  4. merancang dan melaksanakan aktiviti peningkatan ilmu berbentuk profesionalisme yang barkaitan khidmat membimbing;
  5. mewujudkan kumpulan pakar penilai anugerah AKRAB; dan
  6. menjadi rakan strategik Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia

Perkhidmatan awam turut memerlukan sokongan Aplikasi Psikologi bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Keberkesanan program aplikasi psikologi di sesebuah organisasi ini akan menjadi satu faktor penentu dalam menilai keupayaan perkhidmatan awam berhadapan dengan tuntutan semasa.  AKRAB akan terus diperkasakan dari aspek pemantapan kompetensi ahlinya bagi  membantu pelaksanaan urusan sumber manusia yang lebih pantas dan berkesan.

Pada masa hadapan AKRAB Juga akan memperluaskan peranan dan kerjasama  bukan sekadar di kalangan penjawat awam di Malaysia malahan hingga ke rantau Asia Tenggara.

Visi

AKRAB sebagai agen penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia.

Misi

Memberi perkhidmatan bimbingan yang berkesan

Objektif

  1. Menyampaikan perkhidmatan membimbing berpandukan kod etika AKRAB.
  2. Menjadi perantara kepada pegawai psikologi, penyelia dan ketua jabatan dalam organisasi.
  3. Membantu pegawai ke arah kesejahteraan psikologi.
  4. Menjadi agen perubahan di dalam organisasi.

Sijil Pendaftaran MAK : Sijil Kelulusan Permohonan Induk

Perlembagaan MAK : Perlembagaan MAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s