Posted in Berita

Sesi Perkongsian MAK bersama AKRAB Kastam Diraja

Satu sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang bertajuk “Perkembangan Semasa AKRAB dan Peranan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK)” telah berlangsung di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 Julai 2915. Majlis ini merupakan anjuran AKRAB JKDM. Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria, Setiausaha MAK telah meluangkan masa lebih 2 jam bersama-sama peserta di dalam sesi ini. Program ini dihadiri oleh jawatankuasa AKRAB JKDM dari seluruh negara.

IMG-20150730-WA0043

IMG-20150730-WA0044

Posted in Makluman

JEMPUTAN KE KONVENSYEN AKRAB KEBANGSAAN KALI KE- 6

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) akan menganjurkan Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke- 6 tahun 2015.

Tujuan penganjuran konvensyen ini adalah bagi meningkatkan kefahaman ahli AKRAB terhadap proses dan program transformasi perkhidmatan awam seterusnya meningkatkan komitmen ahli AKRAB dalam menyokong transformasi organisasi secara keseluruhan. Selain itu, ia juga turut menjadi platform pembelajaran berterusan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman menjadi AKRAB terbaik.

Bersempena dengan penganjuran konvensyen ini, pihak jawatankuasa penganjur berbesar hati menjemput seramai 20 orang ahli AKRAB dari kementerian/agensi tuan/puan untuk hadir bersama sebagai peserta seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 11 Ogos 2015 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Berjaya Waterfront, Johor Bahru, Johor.

Sebarang pertanyaan berkaitan penganjuran konvensyen ini, sila hubungi Encik Mohd Fathul Adni bin Jasni (014-2247088) atau Puan Norashikin binti Haron@Omar (019-9388658).

Posted in Berita

Bengkel Pasca AKRAB, Majlis JasaMu di Kenang dan dan Majlis Iftar MAK

Bengkel Penambahbaikan Modul Pasca AKRAB telah berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya pada 13 Julai 2015. Bengkel ini merupakan anjuran bersama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dan AKRAB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Seramai kira-kira 50 orang peserta terlibat yang terdiri dari ahli AKRAB dan Pegawai Psikologi.

11700934_863775143660370_8904785082805656113_nPeserta di bahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama mengikuti Bengkel AKRAB Care, Kumpulan kedua membincangkan berkenaan Modul Pasca AKRAB dan Kumpulan ke tiga membincangkan berkenaan pemantapan  organisasi MAK.

11751789_863774803660404_3118669842639026161_n

Selain bengkel, Majlis Jasa Mu Di Kenang turut diadakan sempena meraikan Tn. Hj. Ab. Latif bin Ibrahim (mantan Presiden MAK). Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Majlis berkahir dengan Iftar Ramadhan.