Posted in Pengetahuan Am

Kaunseling bukan memberi nasihat !

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara professional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika kaunselor (Peraturan-peraturan – Kelakuan dan Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).DSCN3633

Manakala nasihat ialah pengajaran dan tunjuk ajar untuk peringatan, diberikan oleh sesiapa sahaja, terdapat elemen tunjuk ajar, cadangan dan cara bagaimana melaksanaknnya, memasukkan elemen nilainya dan tiada elemen potensi diri.

Kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan bertujuan mempengaruhi individu supaya menurut / mengikut sesuatu idealisme, fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam mencapai matlamat kaunseling.20130303_083953

Perkhidmatan kaunseling juga bukan untuk mengambil alih tanggungjawab seseorang individu dalam menyelesaikan masalahnya malah ia merupakan proses kerjasama erat antara kaunselor dengan klien dan seluruh potensi yang ada disekelilingnya (organisasi dan masyarakat). Secara umumnya matlamat perkhidmatan kaunseling adalah seperti berikut :

– Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan;

– Mempertingkatkan kemahiran membuat keputusam;

– Memperkembangkan potensi diri;

– Mengubah tingkahlaku; dan

– Memperbaiki hubungan dengan individu lain.

Ahli Psikologi percaya bahawa setiap individu berhak memberi makna kepada dirinya dan menentukan matlamat hidupnya. proses memberi makna dan menetapkan matlamat inilah yang menyebabkan manusia itu unik dan berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. Psikologi juga menerima hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Keadaan ini menyebabkan perkhidmatan kaunseling itu menjadi satu keperluan kepada setiap individu yang ingin lebih berjaya dalam hidup dan bahagia.

Oleh : Sukri Suhaimi, Dipetik dari Buletin AKRAB Jabatan Bomba Edisi 1 – Julai 2013.

Posted in Makluman, Pengetahuan Am

Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB

Rakan Pembimbing Perkhidmatan AwamĀ  (AKRAB) merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagaiĀ  Pembimbing Rakan SekerjaĀ  sepertimana yang dikehendaki dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 18/2005. Rakan Pembimbing merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam. Kewujudan AKRAB dalam perkhidmatan awam kini telah menjangkau usiaĀ  lapan tahun.Ā  Keahliannya telah mencecah angka Ā melebihi 8000 orang pada tahun 2013. Dalam tempoh tersebut Ā seramai lapan (8) orang ahli AKRAB dan lapanĀ  (8) buah organisasi telah berjaya menerima pengiktirafan yang diberikan secara dwi tahunan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

2012-09-11 11.54.55

Dalam tempoh tersebut juga pelbagai program, aktiviti, latihan, pendekatan, sistem, kempen, Ā dan sebagainya telah dibangun dan dilaksanakan oleh AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi Ā yang boleh dikongsikan sebagai Ā amalan terbaik. Pengalaman yang dilalui oleh setiap organisasi ini wajar di rekodkan secara bertulis bagi membolehkan ianya di ketahui dan dikongsikan untuk manfaat bersama.

Cadangan Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB Ā Ā Ā adalah bagi membolehkan satu usaha terancang dan sistematik dilakukan untuk mengumpul amalan-amalan terbaik AKRABĀ  dari setiap kementerian, jabatan dan agensiĀ  untuk diterbitkan dalam bentukĀ  Ā sebuah buku kompilasi. Selain itu amalan terbaik tersebut juga akan dinilai danĀ  diberikan pengiktirafan yang bersesuaian. Program ini sebenarnya bukanlah bercorak pertandingan, sebaliknya menggalakkan perkongsian secara ikhlas dan sukarela.

cropped-p1030011.jpg

Perkongsian Amalan Terbaik AKRAB atau selepas ini disebut ATAĀ  merujuk kepada apa-apa sahaja program, aktiviti, latihan, sistem, prosedur, kaedah, penyertaan, inovasi dan kreativiti, kepimpinan, kerja-kerja kesukarelaan (Corporate Social Responsiblities – CSR), pengurusan organisasi dan sebagainya yang telah dilaksanakan oleh organisasi AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi bermula dari tahun penubuhan sehingga sekarang. Pelaksanaan ATA ini dapatĀ  memberikan nilai tambah, impak positif, meningkatkan imej, Ā memberi manfaat kepada ahli dan organisasi AKRAB Ā khasnya Ā serta Ā perkhidmatan awam Ā amnya.

Objektif

  • Memberi peluang kepada organisasi AKRAB di kementerian, jabatan dan agensi berkongsi dan menonjolkanĀ  ATA yang telah dan sedangĀ  dilaksanakan;
  • Mendokumentasikan ATA untuk rujukan dan tatapan umum menerusi penerbitan buku kompilasi; dan
  • Membuat penilaian dan memberikan pengiktirafan terhadap ATA yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

.Bersambung

Posted in Pengetahuan Am, Tips

Bimbingan & Personaliti Rakan Pembimbing

Sesi bimbinganĀ  tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti seorang Pembimbing, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.

MESRA – Sifat mesra Pembimbing akan dirasakan oleh kien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut iaitu, tidak kekok bercakap, relax, selesa dan rasa diterima oleh Pembimbing.

JUJUR – Pemimbing yang jujur adalah Pembimbing yang tidak berpura-pura dalam perhubungannya dengan klien. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklumbalas.

MENERIMA TANPA SYARAT – Ciri-ciri ini menunjukkan Pembimbing perlu menerima diri klien yang sebenarnya. Pembimbing perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang bercerita berbagai-bagai. Pembimbing perlu berpandangan terbuka. Dia perlu mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau seorang terhadap kliennya.

BEREMPATI – Ini merujuk kepada kebolehan Pembimbing untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.

Dipetik dan diubahsuai dari buku: “Kaunseling Individu – Apa dan Bagaimana”
* Pembimbing merujuk kepada Ahli AKRAB.

Posted in Pengetahuan Am

Mitos Khidmat Kaunseling

Mitos Khidmat Kaunseling

i. Kaunseling adalah nasihat

ii. Hubungan kaunseling hanya sehala

iii.Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (Klien)

iv. Kaunseling menyelesaikan masalah dan persoalan hidup

Apakah itu Kaunseling ?

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien. Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interkasi yang baik, manakala klien memerihal masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh it, fokus perbincangan adalah pada diriĀ  klien dan peranannya dalam permasalahannya bukan masalahnya.

Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita dan penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalaui main peranan .

Sumber : Kaunseling Individu – Apa dan Bagaimana (Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Halimatun Halailah Mokhtar (1996)

Posted in Pengetahuan Am

Budaya Kerja….Pencapaian Diutamakan

Konsep Budaya Kerja Pencapaian Diutamakan merangkumi tiga aspek penting iaitu :

a) Cara berfikir dan Pemikiran

Penjawat awam perlu berminda positif, rasional dan bijaksana supaya dapat memberi kebaikan dan kesejahteraan diri serta orang lain. Pemikiran ini mempunyai elemen-elemen berikut :

i. Minda Disiplin – Penguasaan kepada disiplin ilmu sains, matematik, sejarah atau sekurang-kurang satu disiplin ilmu. Ilmu itu akan dapat dimanfaatkan dalam pekerjaan dan kehidupan.

ii. Minda Sintesis – Kemampuan untuk mengintegrasikan idea dan pelbagai disiplin kepada konsep yang mudah difahami dan idea itu dapat disampaikan kepada orang lain.

iii. Minda Mencipta – Kemampuan untuk mengolah dan menjelaskan permasalahan atau fenomena kepada pendekatan baru yang lebih baik.

iv. Minda Menghormati – Kesedaran dan penghargaan terhadap keunikan individu yang mempunyai potensi diri, nilai dan cara hidup yang berbeza.

v. Minda Beretika – Kemampuan untuk mematuhi, mengikuti dan menunaikan setiap peranan sebagai seorang insan sama ada di tempat kerja atau dalam masyarakat.

b) Cara berasa dan Menghayati

Seseorang itu haruslah mempunyai kebolehan memahami serta mengurus emosinya dan emosi orang lain. Hasil kebolehan tersebut, seseorang itu berupaya memenuhi tuntutan perkhidmatan berkualiti yang diinginkan oleh organisasinya. Seterusnya ia dapat meningkatkan lagi hubungan peribadi dan iterpersonal ketika menyampaikan perkhidmatan.

c) Cara bertindak dan Berperilaku

Seseorang penjawat awam memperlihatkan perlakuan dan amalan baik serta terpuji yang melebihi daripada kebiasaan. Mereka juga perlu mempunyai sikap ingin tahu dan mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan.

Dipetik dari : SPP Bil. 12/2009 – Pelaksanaan Aplikasi Psikologi : Budaya Kerja Pencapaian diutamakan

Posted in Pengetahuan Am

Tahukah Anda ?

Program Pembimbing Rakan Sekerja

Program ini berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban, keharmonian dan saling menghormati potensi masing-masing. Ia juga merupakan pembentukan kelompok sokongan kepada pegawai yang dikenalpasti di bawah Program Penilaian Pekerja dan diketuai fasilitator yang telah dilatih untuk mengendalikan program ini.

Dipetik dari : PP Bil. 18/2005 – Panduan Aplikasi Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam

Posted in Pengetahuan Am

Tahukah anda apakah “Pementoran” ?

Pementoran merupakan satu pendekatan untuk memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh mentor (pegawai yang terlatih, berkemahiran dan beretika) bagi pembangunan diri menti (pegawai yang memerlukan bimbingan). Pendekatan ini melibatkan aktiviti perhubungan, pemindahan kemahiran personal dan profesional seorang pegawai dalam jangka masa yang ditetapkan. Mentor merupakan seorang pegawai yang dilantik untuk membimbing dalam perkembangan kerjaya seorang pegawai. Biasanya mentor adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman dan boleh dijadikan sebagai ‘role model’ di kalangan rakan sekerja. Menti bermaksud pegawai yang dibantu oleh mentor dalam proses perhubungan pementoran dan biasanya merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan harian. (Dipetik dariĀ  buku Panduan untuk Mentor Menti, Bahagian Pengurusan Psikologi JPA)

Posted in Motivasi, Pengetahuan Am

10 Tip Memudahkan Pergaulan…Siri 2

Tip kedua untuk memudahkan pergaulan ialah Hargai Pendapat Orang Lain – Selepas saudara memerah otak mencari ilham dan akhirnya berjaya mendapat penyelesaian yang saudara anggap terbaik, adakah saudara sanggup mendengar cetusan ilham saudara itu dikritik sepedas-pedasnya ? Kebanyakan orang tidak suka pendapatnya dikritik, diperlekeh dan ditolak mentah-mentah.

Oleh itu, kita jangan cepat melakukan perkara yang sama terhadap pendapat orang lain. Organiasi Jepun terkenal dengan budaya kolektif dan kerjasama berpasukan. Kerjasama berpasukan berjaya dijadikan budaya kerana antara lain mereka cuba mengelakkan diri daripada mengkritik pendapat atau idea orang lain.

Namun, mereka menggalakkan percambahan idea secara kreatif bagi menghasilkan keputusan yang dikehendaki. Pokoknya, kita perlu menghargai pendapat orang lain kerana ia adalah tuntutan dalam komunikasi.

Sumber : PSQ Rahsia Personaliti Unggul, Ahmad Amri Zainal Adnan.

Posted in Pengetahuan Am

Soalan Lazim – Psikologi

1. Apakah perbezaan di antara nasihat dan kaunseling?

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang melibatkan seorang kaunselor yang terlatih dan klien di mana akhirnya klien akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang positif manakala nasihat cuma sesi mendapatkan bantuan nasihat daripada seseorang yang tidak terlatih

2. Adakah orang awam turut layak menerima perkhidmatan kaunseling oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA?

Selain penjawat awam, pelajar-pelajar tajaan JPA dan pesara kerajaan, orang awam turut layak menerima perkhidmatan kaunseling di Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.

3. Bagaimana cara untuk saya membuat temujanji dengan kaunselor di JPA?

Sila layari laman web www.jpa.gov.my dan klik pada butang e-kaunseling. Selain daripada itu juga klien boleh berpandukan kepada jadual klinik kaunseling yang dijalankan secara berkala di kaunter JPA di Maju Junction.

4. Apakah jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan?

Jenis-jenis permasalahan yang boleh dibincangkan meliputi kategori masalah peribadi, kerjaya, keluarga, kesihatan dan pembangunan diri.

5. Adakah sesi kaunseling yang dijalani tidak dihebahkan kepada orang lain?

Setiap perkara yang dikongsi dalam sesi kaunseling adalah terikat kepada etika kerahsiaan kecuali jika melibatkan perkara yang memudaratkan klien, orang lain dan pelanggaran undang-undang sedia ada.

6. Adakah sesi kaunseling di JPA dikenakan bayaran?

Tidak, sesi kaunseling yang diadakan adalah secara percuma.

7. Apakah jenis-jenis ujian psikologi online yang disediakan oleh JPA?

Jenis-jenis ujian psikologi online adalah:

  • Indeks Personaliti
  • Indeks Bimbingan dan Kerjaya
  • Indikator Perwatakan Unggul
  • Inventori Stres Organisasi
  • Indeks Motivasi Diri
  • Indeks Pengurusan Konflik

8. Bagaimanakah cara untuk menjalani ujian psikologi online JPA?

Anda perlu berhubung dengan pegawai di talian berikut 03-8316 4435 dan sekiranya dipersetujui bolehlah menghantar surat permohonan menjalani ujian psikologi online dengan memberi cadangan tarikh, jenis ujian serta maklumat calon.

Sumber : Laman Web Rasmi JPA – http://www.jpa.gov.my