Posted in Makluman

Seminar Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti 2013

Ahli-ahli AKRAB dijemput menyertai “Seminar Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti” yang akan diadakan pada 14 & 15 Mei 2013 bertempat di USIM.  Untuk makluman, yuran penyertaan adalah RM300 seorang, tetapi bagi penyertaan berjumlah 5 orang, bayaran yang dikenakan adalah RM250 seorang manakala penyertaan berjumlah lebih 5 orang  bayaran cuma perlu bayar RM200 seorang sahaja.

Untuk tujuan penyertaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:- Cik Nurhanisah : 014-9318147 atau Cik Ashikin : 013-2759906 atau  Anis :016-2567197

brosur2brosur

Posted in Berita

Pameran MAK di MOF

Pada 30 April 2013 (Selasa) MAK telah diundang mengadakan pameran sempena Konvensyen AKRAB dan Hari Psikologi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Konvensyen ini yang diadakan di Dewan Utama, Blok Tengah, Perbendaharaan Malaysia, Putrajaya telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Irwan Serigar bin Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.2013-04-30 10.40.442013-04-30 09.40.01

Sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan oleh AKRAB sendiri di dalam konvensyen ini. Kertas kerja pertama bertajuk “Pelaksanaan Program AKRAB, Cabaran dan Halangan Yang Dihadapinya Serta Cadangan Penyelesaian Ke Arah Keberkesanan Pelaksanaan Program AKRAB Dalam Organisasi Kerajaan” telah disampaikan oleh Tn. Selvadorai a/l Krishanasamy (Penolong Kanan Pengarah Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Johor). Tn. Selvadorai merupakan penerima anugerah AKRAB Utama pada tahun 2008. Sementara itu, kertas kerja kedua pula bertajuk “Kaunseling Spiritualiti : Pendekatan Terbaik Menangani Permasalahan Hidup” telah dibentangkan oleh Cik Rosinah Ali (Timbalan Pengarah, Akademi Kastam Diraja Malaysia).Beliau berkongsi pengalaman  pengendalian sesi bimbingan secara menerapkan aspek spiritualiti dengan para peserta.

Sesi sebelah petang di isi dengan slot Forum yang bertajuk “AKRAB Berkompetensi, Organisasi Berprestasi Tinggi” telah dijayakan oleh dua orang panel yang berpengalaman iaitu YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Alias (Timb. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam – Operasi, JPA) dan Puan Hazanah bt. A. Bakar (Timb. Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Perbendaharaan Malaysia.

Konvensyen ini telah berjaya menghimpunkan ahli-ahli AKRAB MOF dari seluruh negara. Kaunter pameran MAK turut menjadi tumpuan peserta bagi mendapatkan buku “Kompilasi Kes Sesi Bimbingan Ahli AKRAB Perkhidmatan Awam” yang dijual dengan harga RM10.00 sahaja.