Posted in Inspirasi Motivasi

Selamat Menyambut Tahun Baru 2017

Apa khabar semua rakan-rakan AKRAB ? Tahun 2016 telah berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai pengalaman suka dan duka. Setiap hari, minggu, bulan dan tahun pelbagai perubahan berlaku. Ada perubahan yang melibatkan diri kita sendiri, ahli keluarga , saudara mara terdekat dan mungkin persekitaran kita. Kesemua perubahan ini memerlukan kita sentiasa bersedia. Bersedia untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

Persediaan mental, fizikal, emosi dan spiritual perlu bagi membolehkan kita survive di dalam dunia yang kian mencabar.

Semoga dengan sedikit  ilmu yang berkaitan Psikologi / Kaunseling yang kita miliki kita dapat menempuh segala perubahan yang telah dan bakal berlaku dengan lebih bersedia. Untuk berubah AKAL mestilah diproses agar Tahu, HATI diproses untuk Mahu dan NAFSU dilatih untuk Mampu. – Admin

Posted in Inspirasi Motivasi

I Love My Self

Mencintai diri sendiri ? Anda pasti mencintai diri sendiri, bukan ? Tidak ada yang mengatakan tindakan itu salah. Ini kerana kita hidup sesuai dengan fitrah. Diri sendiri adalah fitrah, cinta juga adalah fitrah. Oleh sebab itu, memang wajar sekiranya setiap orang mencintai diri sendiri.

Lantas, apakah hubungan antara “I love myself” dengan pembentukan kecerdasan emosi ? Memang ada kaitan rapat antara kedua-duanya. Mereka yang mencintai diri sendiri automatik sedikit sebanyak mampu mengendalikan emosi.

Sikap mencintai diri sendiri yang tidak berlebihan melahirkan percaya diri. Percaya diri membantu dalam proses pengendalian emosi. Biasanya, pengendalian diri yang baik akan memberikan latihan yang  efektif bagi membentuk emosi setiap orang. Oleh sebab itu, kita perlu perasaan cinta dalam diri, yang kemudian melahirkan percaya diri.

Bagaimana manusia dapat mencintai orang lain, sekiranya dia belum mampu mencintai dirinya sendiri ? Sungguh tidak mungkin !

Cintai diri kita kerana Allah. Bisikkan dalam hati yang kita benar-benar mencintai diri sendiri. Jangan biarkan diri kita terlelap dalam gudang maksiat. Sekiranya kita membiarkannya, pada dasarnya, kita tidak mencintai diri sendiri.

Dipetik dari : Rusdin S. Rauf (2011) Smart Heart. Kuala Lumpur:PTS Millennia Sdn. Bhd.