Posted in Makluman

Jom Sertai Konvensyen AKRAB Kebangsaan 2016

Promosi Konvensyen 4.5.2016

Sukacita dimaklumkan, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan  Kementerian Dalam Negeri (KDN)  akan menganjurkan Konvenyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke-7 Tahun 2016  pada 12 – 13 Mei 2016 bertempat di Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.

Konvensyen pada kali  yang bertemakan “Melakar Kegembiraan, Prestasi Diungguli” bakal menampilkan tokoh-tokoh terkenal seperti berikut :

  • Dato’ Seri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir (mantan CEO Proton Holdings Berhad)
  • Dato’ Dr. Ismail Alias (mantan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi)
  • Encik Saiful Nang (Penulis buku “Kisah Orang Menang” & Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin)
  • Prof Madya Zulkifli Abd. Kadir (Pensyarah Fakulti Sains Sukan & Rekreasi UiTM).
  • Datuk Mohamed Faroz bin Mohamed Jakel (Group CEO Jakel Trading)
  • Dan ramai lagi.

Konvensyen tahunan ini juga turut di serikan lagi dengan Majlis Pentauliahan dan Penyampaian Anugerah Dwi Tahunan AKRAB oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri. MAK sangat berbesar hati menjemput ahli-ahli AKRAB dan pegawai yang berminat dari Kementerian / Jabatan / Agensi  Tuan / Puan untuk menyertai Konvensyen ini.

Untuk makluman, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 seorang (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja). Bayaran ini meliputi penyediaan makan dan minum serta bahan-bahan/dokumentasi yang akan diberikan kepada peserta. Bagaimanapun  segala perbelanjaan lain adalah di bawah tanggungan kementerian, jabatan atau agensi masing-masing.

Borang pengesahan kehadiran boleh di perolehi dari penyelaras AKRAB kementerian atau download borang di bawah. Borang berkenaan perlu di kembalikan kepada Urus Setia Konvensyen  sebelum atau pada 6 Mei 2016 (Jumaat).  Yuran boleh dibayar dalam bentuk “LO – Pesanan Tempatan” ,Cek , bank in atau online transfer  di atas nama “Majlis AKRAB Kebangsaan” No. Akaun : 8602310836 – CIMB Islamic.

Sebarang pertanyaan berkaitan konvensyen ini, sila hubungi :   Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria (03-88713420 / 019-9112878) atau Encik  Gopal  A/L Akambaram (03-88855218 / 012-2880733)

Borang : Borang Daftar Konvensyen AKRAB

Aturcara Program : Aturcara Majlis Edited 4.5.2016

Posted in Berita

Ucapan Takziah…

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Dengan dukacita dan sedihnya dimaklumkan bahawa Encik Noorazmin bin Hassan, Bendahari MAK telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu, 9 April 2016. Beliau dikatakan mengalami kesukaran bernafas ketika menyertai satu aktiviti sukan pada pagi berkenaan. Jenazah beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan di Lembah Keramat.  Allahyarham yang bertugas sebagai Pengarah Khidmat Pengurusan di Balai Seni Visual Negara merupakan Bendahari MAK semenjak awal penubuhan pada tahun 2010. Beliau seorang ahli AKRAB yang aktif di peringkat agensi, kementerian dan kebangsaan.  Semoga roh Allahyarham di limpah dan dicucuri rahmat sentiasa. Al-Fatihah.

Posted in Berita

Kunjungan Hormat MAK Terhadap YAB TPM

Pada 6 April 2016, Presiden bersama beberapa  Exco Majlis AKRAB Kebangsaan telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di pejabatnya di Menara Parlimen, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBhg Dato’ Dr. Abd. Halim bin Mohd Hussin, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dan Encik  Ahmad Badrudin, Pegawai Psikologi Kementerian Dalam Negeri. Kunjungan hormat ini diadakan bagi menjemput secara rasmi YAB menyempurnakan majlis perasmian Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke 7 Tahun 2016  yang akan berlangsung pada 12 & 13 Mei 2016.

12909628_1155919901095070_6872274929330037117_o

Selain itu di dalam  perbincangan yang diadakan beberapa persetujuan telah dicapai bagi membawa MAK ke satu tahap yang lebih tinggi. Selaras dengan dengan komitmen dan kepercayaan yang diberikan oleh YAB TPM, ahli-ahli AKRAB di seluruh negara juga akan memikul tanggungjawab yang lebih besar demi membawa warga perkhidmatan awam ke suatu tahap yang lebih tinggi dan disegani.12961522_1155920427761684_7616397889097109429_n

12963848_1155919961095064_73574173792688557_n

Posted in Berita

Jemputan ke Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 7 Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan  Kementerian Dalam Negeri (KDN)  akan menganjurkan Konvenyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke-7 Tahun 2016  seperti butiran berikut :

           Tarikh            : 12 – 13 Mei 2016 (Khamis – Jumaat)

            Masa              : 8.00 pagi – 5.00 petang

            Tempat          : Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya

            Pakaian         : Batik / Pakaian pejabat (Khamis)

                                        Pakaian Pejabat / Baju Korporat AKRAB (Jumaat)

Konvensyen tahunan ini juga turut di serikan lagi dengan Majlis Pentauliahan dan Penyampaian Anugerah Dwi Tahunan AKRAB oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri. MAK sangat berbesar hati menjemput ahli-ahli AKRAB dan pegawai yang berminat dari Kementerian / Jabatan / Agensi  Tuan / Puan untuk menyertai Konvensyen ini. Kuota peserta dan borang penyertaan  sila rujuk dengan Penyelaras AKRAB di Kementerian masing-masing. Surat Jemputan rasmi akan diedarkan dalam masa terdekat.

Untuk makluman, setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 seorang (Ringgit Malaysia : Lima Puluh sahaja). Bayaran ini meliputi penyediaan makan dan minum serta bahan-bahan/dokumentasi yang akan diberikan kepada peserta. Bagaimanapun  segala perbelanjaan lain adalah di bawah tanggungan kementerian, jabatan atau agensi masing-masing.

Borang pengesahan kehadiran perlu di kembalikan kepada Urus Setia Konvensyen  sebelum atau pada 18 April 2016 (Isnin). Borang pendaftaran yang telah siap diisi hendaklah dihantar bersama-sama yuran penyertaan. Yuran boleh dibayar dalam bentuk “Pesanan Tempatan” ,Cek , bank in atau online transfer  di atas nama “Majlis AKRAB Kebangsaan” No. Akaun : 8602310836 – CIMB Islamic.

Sebarang pertanyaan berkaitan konvensyen ini, sila hubungi :

Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria (03/88713420 / 019-9112878) atau

Encik  Gopal  A/L Akambaram (03-88855218 / 012-2880733)