Posted in Makluman

Pertandingan Video Pendek AKRAB 2021

SYARAT PENYERTAAN:

1. Pertandingan video pendek ini terbuka kepada semua Ahli AKRAB dan Penjawat Awam

2. Setiap peserta boleh menghantar 1 PENYERTAAN SAHAJA.

3. Pendaftaran penyertaan dibuka mulai 07 Julai 2021 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Julai 2021.

4. Ahli AKRAB / Penjawat Awam adalah dijemput untuk menyertai program ini dengan mendaftar melalui pautan berikut:

https://forms.gle/7MHsk8g12R4hqefx5

5. Pendaftaran penyertaan akan di tutup pada jam 12.00 tengahari, 21 Julai 2021.

6. Video pendek hendaklah dihantar ke email akrab4all@gmail.com dengan

format MP4 melalui dengan tajuk e-mel “PERTANDINGAN VIDEO PENDEK AKRAB@MAK”.

7. Video boleh dihantar mulai 23 Julai 2021 dan video yang dihantar selepas jam 12.00 tengah malam pada 24 Julai 2021 adalah TIDAK DITERIMA.

8. Kandungan video pendek adalah menggambarkan tentang Covid 19 @ Cabaran dan Kebangkitan :

i. Durasi video 1 hingga 3 Minit.

ii. Video boleh disediakan mengikut kreativiti sendiri sama ada secara seorang diri, berpasukan atau menggunakan animasi.

iii. Video boleh menggunakan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa-bahasa lain (dengan terjemahan jika menggunakan selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).

iv. Video diakhiri dengan maklumat peserta yang merangkumi nama penuh, tempat bertugas, no. Tel. Pejabat/Tel. Bimbit dan alamat emel.

v. Video adalah merupakan karya asal peserta dan TIDAK menggunakan hak cipta individu atau organisasi lain. Sebarang KETIDAKJUJURAN berkenaan karya tersebut adalah atas risiko dan tanggungjawab peserta sendiri.

vi. Kandungan video TIDAK BOLEH menyentuh sensitiviti agama, kaum, politik, adat dan budaya. Sebarang PELANGGARAN adalah atas risiko dan tanggungjawab peserta sendiri.

9. Semua video penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi HAKMILIK PENGANJUR dan penganjur boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.

10. Semua keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.

11. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada MINGGU PERTAMA Ogos.

📱: Wasap 012-6122534 (Siti Mariam Binti Ali)

📱: 019-666 4432 (Syed Ahmad Nizam bin Syed Ahmad)

🖥: akrab4u@gmail.com

Google Form : https://forms.gle/7MHsk8g12R4hqefx5

MOHON DIPANJANGKAN HEBAHAN INI

Info ini mungkin membantu mereka yang berminat

Sekian, terima kasih.

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s