Posted in Makluman

Borang UKJK – PWC 2017

Salah satu aktiviti di dalam program Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy ialah Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Ujian ini akan dikendalikan oleh pegawai yang berkepakaran di dalam bidang berkenaan dari Kementerian Belia dan Sukan.

Bagi memudahkan urusan, para peserta di sarankan agar memuat turun (download) 3 borang yang berkaitan. Sila isi maklumat di ruangan yang berkenaan dan bawa pada 18 April 2017.

Borang 1 – SURAT AKUAN PESERTA

Borang 2 – LAMPIRAN 2 PESERTA – Borang UKJK

Borang 3 – PAR-Q

Advertisements
Posted in Makluman

Panduan peta jalan ke PWC 2017

Kepada semua yang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program Psychology Wellness Challenge : Keep Calm & Live Healthy (PWC) 2017. Berikut adalah peta jalan ke Pusat Latihan MARDI, Serdang. Pastikan anda merancang perjalanan sewajarnya. Masuk melului pintu MARDI. Sebagai panduan sila gunakan koordinat GPS di dalam peta di bawah.

Posted in Makluman

Perancangan Program & Aktiviti tahun 2017

Tahun 2016 tak lama lagi akan meninggalkan kita. Beberapa hari lagi akan muncul 2017.

Alhamdulillah pada tahun ini kita telah berjaya menghasilkan Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 yang telah dilancarkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri  pada 13 Mei 2016.

Semua organisasi AKRAB di Kementerian, Jabatan, Agensi Badan Berkanun mahupun Pejabat SUK Negeri di sarankan agar menjadikan pelan Strategik AKRAB 2016-2020 sebagai rujukan bagi menyediakan perancangan Program / Aktiviti AKRAB pada tahun 2017.

Untuk maklumat lanjut sila muat turun Pelan Strategik AKRAB 2016-2020

di sini : pelan-strategik-akrab-2016-2020-versi-e-book

Posted in Makluman

Pelan Strategik AKRAB 2016-2020

Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Penaung Kehormat Majlis AKRAB Kebangsaan di Konvensyen AKRAB  Kebangsaan Kali Ke 7  Tahun 2016 pada 13 Mei 2016. Pelan Strategik ini  :

  • Menyatakan semua strategi dan inisiatif yang telah dirancang oleh Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan  Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) selaku badan induk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) untuk diselaraskan dan dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan;
  • Akan menjadi rujukan utama BPPs JPA dan MAK bagi menentukan pelaksanaan aktiviti AKRAB di setiap kementerian, jabatan, agensi dan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) adalah selaras dengan hala tuju strategik BPPs JPA secara keseluruhan; dan
  • Memusatkan segala komitmen dan fokus  AKRAB  bagi menjayakan Visi dan Misi organisasi dan seterusnya Misi Nasional.13221463_1178002055553521_6521746248699811988_n

Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan senaskah pelan strategik berkenaan dalam bentuk e-book untuk panduan dan rujukan Penyelaras AKRAB dan ahli-ahli AKRAB diseluruh Malaysia. Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut  sila hubungi Setiausaha MAK di talian 03-88713420 h.p : 019-9112878 atau e-mail : afendi@kbs.gov.my.

Pihak MAK bersama-sama JPA bersedia untuk mengadakan sesi penerangan berhubung pelan strategik ini sekiranya di perlukan oleh pihak  Bahagian Pengurusan Sumber Manusia atau Penyelaras AKRAB di agensi sektor awam.

Sebarang urusan sila alamatkan kepada :

Majlis AKRAB Kebangsaan

d/a Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Pengurusan Psikologi

Aras 3, Blok C3, Kompleks C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA

Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 Versi e-Book

Posted in Makluman

Pencalonan AKRAB Pakar 2016

Sukacita dimaklumkan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengenalpasti ahli-ahli AKRAB yang berbakat untuk diketengahkan sebagai “AKRAB Pakar” bagi membantu menjayakan  program-program AKRAB di peringkat Nasional yang akan dilaksanakan oleh MAK sepanjang tahun 2016. Pengwujudan AKRAB Pakar adalah selaras dengan Teras 4, Strategi 3 (Pelan Strategik AKRAB 2016-2020).

Sehubungan itu Penyelaras AKRAB di pohon untuk mengenalpasti ahli-ahli AKRAB yang berbakat, menonjol serta boleh diketengahkan sebagai Fasilitator, Moderator, Motivator, Penceramah, Pengacara, Trainer dan sebagainya yang berkaitan disiplin sebagai Rakan Pembimbing. Ahli AKRAB berkenaan mungkin mempunyai ciri-ciri berikut :

  1. Terlibat aktif di dalam mengendalikan program AKRAB diperingkat Kementerian / Jabatan / Agensi / Kebangsaan; ATAU
  1. Mempunyai bakat istimewa (contohnya sebagai penceramah, fasilitator, moderator, motivator, mengendalikan sesi terapi, pengacara, penulis dsb); ATAU
  1. Mempunyai Sijil, Diploma, Sarjana, PhD atau tauliah pengamal di dalam bidang Psikologi, Kaunseling, Terapi dsb dan aktif di dalam bidang berkenaan (tugas hakiki bukan sebagai Pegawai Psikologi); ATAU
  1. Mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, boleh dicontohi dan sedia  berkerja sebagai satu pasukan; ATAU
  1. Pernah memenangi anugerah AKRAB Utama, AKRAB Bestari, AKRAB Proaktif atau AKRAB

Pihak tuan/puan boleh mencalonkan seberapa ramai ahli AKRAB yang difikirkan layak dan juga mana-mana ahli AKRAB yang berminat. dengan melengkapkan borang di Lampiran A.

Borang yang telah lengkap diisi sila serahkan melalui e-Mail kepada Setiausaha MAK pada atau sebelum 3 Jun 2016 (Jumaat). Ahli-ahli AKRAB yang di senarai pendek akan di panggil bagi sesi pemilihan / latihan / TOT.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi :

Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria

Setiausaha

Tel : 03-88713420 / 019-9112878

E-mail : afendi@kbs.gov.my

 

Encik Mohamad Basri bin Abdullah

Exco Latihan dan Kompetensi

Tel : 09-5121555 / 019-9256166

E-Mail : basri@mpk.gov.my

Borang Maklumat AKRAB Pakar

Posted in Makluman

Lancarkan urusan pendaftaran anda !

Bagi melancarkan urusan pendaftaran peserta, pihak urus setia akan menyediakan kaunter khusus bagi pembayaran melalui pesanan Tempatan (LO) dan juga secara berkumpulan.

Sila kemukakan dokumen yang berkenaan (LO atau bank in slip / slip EFT) bagi tujuan PENGESAHAN.

Bagi yang telah membuat bayaran secara bank in / online transfer pastikan juga anda MEMBAWA SLIP ASAL berkenaan bagi melancarkan urusan. Pendaftaran adalah mengikut Abjad nama  A-Z.

Terima kasih, Harap Maklum – Urus Setia.