Posted in Berita

AKRAB Prihatin,Keharmonian Terjalin

Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 September 2012 (Selasa) bertempat di Auditorium Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor. Konvensyen pada kali ini yang bertemakan “AKRAB Prihatin, Keharmonian Terjalin” telah di rasmikan oleh YBhg Dato’ Dr. Ismail bin Alias – Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) yang juga merangkap penaung Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Seramai kira-kira 500 orang peserta yang terdiri daripada ahli AKRAB dan Pegawai Psikologi dari seluruh agensi menyertai konvensyen yang merupakan acara tahunan MAK ini. Beberapa orang tokoh terkenal dan berpengalaman telah diundang bagi berkongsi pengalaman dan memberikan input di dalam konvensyen pada kali ini. Sesi pembentangan pertama telah dikendalikan oleh Encik Sadli bin Osman dari Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dengan tajuk “Peranan dan Halatuju Rakan Pembimbing Dalam Perkhidmatan Awam”. Prof Madya Dato’ Dr. Mahmood Nazar bin Mohamad dari Cyberjaya University College of Medical Sciences pula berkongsi tajuk “Kesukarelaan dan CSR : Strategi meningkatkan keberkesanannya”.
Bersempena dengan konvensyen ini juga majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri turut diadakan pada waktu rehat makan tengahari. Para tetamu kehormat dan peserta turut dihiburkan oleh artis evergreen Aris Ariwatan dengan diiringi Kombo Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Peserta juga berpeluang membeli buku-buku motivasi dan sebagainya dengan harga yang berpatutan di gerai yang terletak di luar dewan.
Pada sesi petangnya pula Forum yang bertajuk “AKRAB Prihatin Keharmonian Terjalin” telah diadakan. Encik Mohd Shahriza bin Sulaiman dari AKRAB SME Corp Malaysia telah bertindak sebagai Moderator forum, manakala tiga orang tokoh telah diundang sebagai ahli Panel. Mereka ialah Tuan Hj. Abu Bakar bin Sulaiman (Kolej Universiti Insaniah), Prof. Madya Hj. Sapon bin Ibrahim dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Dr. Hariyati Shahrima bt. Abdul Majid dari MERCY Malaysia.
Pada konvensyen kali ini juga sebuah buku “Kompilasi Kes Sesi Bimbingan Ahli AKRAB Perkhidmatan Awam” turut dilancarkan oleh YBhg Dato TKPPA(O). Buku ini merupakan terbitan Majlis AKRAB Kebangsaan yang mengandungi himpunan 27 kes-kes bimbingan yang telah ditulis sendiri oleh 17 orang ahli AKRAB dari seluruh negara.
Majlis Penutup Konvensyen telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Aris bin Kasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam.
Ucapan penghargaan ditujukan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Pejabat Daerah Petaling, Majlis Perbandaran Subang Jaya, PADAT, Kelab Sukan dan Kebajikan SUK Selangor, Ahli AKRAB SUK Selangor dan kepada semua pihak yang telah menjayakan konvensyen ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. – MyAkrab

Advertisements

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s