Posted in Inspirasi Motivasi

Hanya apabila…..

Hanya apabila anda mahu melihat, ia akan diperlihatkan…

Hanya apabila anda mahu mendengar, ia akan diperdengarkan…

Hanya apabila anda mahu berfikir, ia akan diperjelaskan…

Posted in Berita, Kongsi Pengalaman

Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali ke 17 “Budaya Pengiktirafan : Antara Realiti dan Ekspektasi”

Budaya Pengiktirafan di dalam perkhidmatan awam pada masa sekarang adalah pada tahap sederhana, begitulah hasil kajian yang diperolehi oleh Bahagian Pengurusan Psikologi JPA (BPPs)  berdasarkan soal selidik terhadap 1891 orang responden di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Kertas Kerja Bertajuk “Budaya Pengiktirafan : Konsep dan Aplikasi“ telah dibentangkan oleh Dr. Aris Kasan (Pengarah BPPs) di Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Seminar yang berlangsung selama dua hari ini iaitu bermula 5 – 6 Julai 2011 menampilkan barisan  pembentang kertas kerja dan panel forum yang terdiri dari tokoh akademik, tokoh perniagaan dan selebriti tempatan. Tema Seminar Psikologi kali ke 17 ini ialah “Budaya Pengiktirafan : Antara Realiti dan Ekspektasi”. YBhg Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan, Ketua Setiausaha Negara, telah menyampaikan ucap utama dan menyempurnakan majlis perasmian seminar yang dihadiri oleh Pegawai Psikologi, Pengurus Sumber Manusia agensi perkhidmatan awam persekutuan dan negeri, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan pelajar IPT tempatan.

Pada hari pertama, dua kertas kerja telah dibentangkan iaitu yang pertama “Budaya Pengiktirafan : Konsep dan Aplikasi” oleh Dr. Aris Kasan, Pengarah BPPs.  Kajian ini secara umumnya inign melihat budaya pengiktirafan dalam organisasi perkhidmatan awam. Budaya pengiktirafan ini dilihat berdasarkan kepada empat perkara iaitu i) amalan memberi pengiktirafan di kalangan pengurusan organiasi, ii) amalan memberi pengiktirafan di kalangan warga organisasi, iii) pelaksanaan aktiviti pengiktirafan dalam organiasi, serta iv) kemahiran memberi pengiktirafan dalam organisasi.

Continue reading “Seminar Psikologi Perkhidmatan Awam Kali ke 17 “Budaya Pengiktirafan : Antara Realiti dan Ekspektasi””