Alhamdulillah akhirnya impian Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) untuk membangunkan sebuah blog tercapai jua. Cadangan mewujudkan blog telah diputuskan di dalam Mesyuarat Perancangan Strategik MAK yang telah diadakan di Pulau Langkawi pada bulan Mei 2011 yang lepas. Seterusnya satu perbincangan lanjut telah diadakan pada 22 Jun 2011 di Hotel Residence UNITEN Bangi. Hasilnya team administrator telah diwujudkan bagi membangunkan blog MAK. Sebagaimana dipersetujui bersama, blog ini telah dinamakan MyAkrab. Di harap kelahiran blog ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan utama bagi ahli-ahli AKRAB dari seluruh negara.