YBhg. Dato’ / Datuk / Dr. / Tuan / Puan yang dimuliakan,
Terima kasih kami ucapkan kerana menjadi pembeli tempahan awal buku #kitabantukita terbitan Majlis AKRAB Kebangsaan.
Seperti yang tuan sedia maklum, tarikh penghantaran buku ini dijadualkan pada 31 Mac 2023.
Namun, dukacita dimaklumkan bahawa proses cetakan buku ini terpaksa dilanjutkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kami memohon berbanyak maaf atas kelewatan penghantaran tempahan tuan.
Tarikh baharu bagi penghantaran buku ini adalah pada 14 April 2023.
Penghantaran akan dilakukan terus ke alamat yang sudah direkodkan dalam sistem kami.
Sekali lagi pihak kami memohon berbanyak maaf atas situasi yang tidak dapat dielakkan ini.
Pertimbangan dan budi bicara tuan kami dahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.
Sekian.
Sekretariat Editorial
Buku #kitabantukita
