Posted in Makluman

Kursus Skuad Waja  – AKRAB 2022

Skuad waja merupakan satu program yang diinisiatifkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pihak JPW telah menjemput JPA dan MAK untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda Skuad Waja. Perbincangan awal dan sesi taklimat telah dilaksanakan akhir tahun lepas. Modul yang disediakan amat baik dan  bersesuaian untuk di dedahkan kepada ahli AKRAB dan seluruh penjawat awam.

Skuad Waja berperanan memperkasa komuniti melalui psikososial dan aktiviti bimbingan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah. Ia juga memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.  Objektif Skuad waja adalah seperti berikut:

  • Menjadi agen wanita WAJA (menangani keganasan terhadap wanita) dalam komuniti;
  • Memperkasa komuniti melalui aktiviti psikososial dan bimbingan dalam menangani isu keganasan;
  • Membantu dalam membina sebuah masyarakat yang saling bantu membantu dan meningkatkan keharmonian

Kursus Skuad Waja secara bersemuka dan atas talian akan diadakan pada 29 Mac 2022 bertempat di Auditorium, Jabatan Perkhidmatan awam.

Penyertaan secara atas talian (Online) telah penuh (Terhad 200 orang terawal sahaja). Walaubagaimanapun penyertaan secara bersemuka masih dibuka. Sila klik dan isi link ini untuk pendaftaran kursus secara bersemuka : https://forms.gle/mw6EHYfm1MXfest96

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pn. Hjh Wan Ruhimah Abd Ghani di talian 013-9208151.

Posted in Pegumuman, Promosi

Kursus TOT Modul i-MIND

Pentingkah mengetahui dan mengenali personaliti kita dalam kehidupan seharian ?

Sebagai ahli AKRAB yang pernah mengikuti Modul i-MIND, anda dipelawa untuk mengikuti Kursus TOT “Modul Kembara Personaliti” yang diadakan khusus bagi Alumni Kursus i-MIND. 💡

Jangan lepaskan peluang ini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran anda berkaitan ilmu personaliti, ujian Personaliti dan penafsirannya.

Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) memberi peluang keemasan ini julung-julung kalinya untuk anda.

Maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi Abg Joe di talian 012-9368014.

Tempat TERHAD kepada 40 orang terawal sahaja. e-Sijil penyertaan disediakan.

Biro Pengurusan i-MIND
Majlis AKRAB Kebangsaan

Posted in Pegumuman, SantaiKorner@MAK

BEDAH BUKU 📚“AKRAB : KONSEP DAN KEMAHIRAN MENOLONG”

SantaiKorner@MAK Siri 9 – Bahagian II, ☕pada 19 Sept 2021 (Ahad), jam 9.00 malam diteruskan lagi dengan agenda “Bedah buku AKRAB : Konsep dan Kemahiran Menolong” bersama Encik Sadli Osman, seorang penulis buku dan juga mantan Jurulatih Utama AKRAB.

Pada kali ini, masa yang lebih panjang akan diberikan kepada semua peserta untuk berinteraksi di dalam kumpulan kecil semasa “breakout session” bersama fasilitator.

Penyertaan TERHAD kepada 100 orang terawal sahaja.

Saya percaya anda tentu gembira dan teruja untuk kongsikan berita baik ini dengan rakan-rakan 👨‍👩‍👧‍👧👩‍👩‍👧anda kan ? Pastikan anda 😎sendiri juga tidak ketinggalan !!

Sila klik link di bawah untuk menyertai:

https://zoom.us/j/92390728782?pwd=SGpSZTZpWE1IR2RHTU5NbWRVa2xUQT09

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi, Mohd Afendi Ya (Penyelaras) di talian 019-9112878 atau eMail : akrab4all@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Sekretariat
Majlis AKRAB Kebangsaan

Posted in Makluman, Promosi

Youtube – MyAkrab4U

Youtube Channel MAK – MyAkrab4U 📽

Untuk makluman bersama Youtube Channel MAK “MyAkrab4U” 📽️ menghidangkan video-video Program…. SinggahSembang@MAK. Terdapat 13 Siri bagi tahun 2020 dan 14 Siri bagi tahun 2021. 🏖

Tuan/Puan dijemput untuk menonton. Jangan lupa Subscribe, Like, Comment dan Share.🎙️.

Klik link di bawah untuk ke Youtube Channel MAK – MyAkrab4U

https://www.youtube.com/channel/UCAG9VxReo4lANpgrqfelbPg/videos

Selamat menonton 📱💻🖥📺

Sekretariat

Majlis AKRAB Kebangsaan

Posted in Promosi, SantaiKorner@MAK

SantaiKorner@MAK Siri 8/2021

SantaiKorner@MAK Siri 8 (12 Sept 2021) dan Siri 9 (19 Sept 2021), hari Ahad, jam 9.00 malam diadakan khas bagi segmen “Bedah buku AKRAB : Konsep dan Kemahiran Menolong” bersama Encik Sadli Osman. Penyertaan terhad kepada 100 orang peserta yang telah berdaftar sahaja. Link akan dikongsi di dalam eMail dan Whatsapp close grup berkenaan sahaja.