Posted in Berita

Kursus Art Drawing – HTP Sukses !!!

Kursus Pensijilan Pengamal Art Drawing – House Tree Person (HTP)  telah diadakan pada 27 – 28 Februari 2017 di Dewan Serbaguna, Podium B, Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Kursus ini merupakan anjuran bersama Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dan AKRAB Kementerian Belia dan Sukan. Peserta kursus terbuka kepada semua ahli AKRAB, Pegawai Psikologi dan Penjawat awam dari seluruh kementerian / jabatan / agensi dari seluruh negara.

16939539_1431464870207237_2429564464266442296_n

Seramai 34 orang peserta dari pelbagai kementerian dan agensi telah menjadi peserta. Mereka terdiri dari AKRAB / Pegawai Psikologi  – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE),  Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia (MOSTI), Jabatan Ketua Menteri Melaka, Kementerian Wilayah Persekutuan, Perbadanan Putrajaya (PPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT),    Kementerian Pertahanan (MINDEFF) , Kementerian Luar Negeri (KLN),  Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan tuan rumah Kementerian Belia dan Sukan.

16996269_1431464880207236_5573767530815592220_n

Kursus ini telah dikendalikan oleh dua orang trainer iaitu Prof. Madya Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Ketua Jabatan Psikologi & Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Beliau juga merupakan Founder/Master Trainer Kursus Art Drawing-HTP. Trainer kedua ialah Encik  Mohd Radhi bin Abu Shahim, Pensyarah, Universiti Malaysia Terengganu yang merupakan seorang trainer / pengkaji AD-HTP.

17021715_1431464770207247_2032124498357890653_n

 

Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Encik Pauzan bin Ahmar, Presiden Majlis AKRAB Kebangsaan.

Kursus ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan profesionalisme dan kompetensi ahli AKRAB, Pegawai Psikologi & Penjawat Awam.  Keistimewaan kursus ini antaranya ialah  :

  • Teknik yang unik, mudah, cepat dan berkesan menembusi perasaan dan pemikiran individu yang memerlukan bimbingan secara mendalam.
  • Simbol lukisan HTP melalui gambar Rumah, Pokok, Orang dan lain-lain simbol adalah bahasa Sub Concious Mind yang dapat menjelaskan tentang sikap, bakat, perasaan, kebimbangan, konflik, trauma yang dialami seseorang secara dinamik dan berkesinambungan.
  • Projektif gambar Rumah Pokok Orang sangat signifikan dengan kehidupan Manusia. Rumah mewakili interaksi dan hubungan kekeluargaan. Pokok menggambarkan proses perkembangan manusia yang meliputi impian, keazaman dan perkembangan masa hadapan dan Orang pula objketif kepada konsep diri sendiri.
  • Mampu meningkatkan kewibawaan seseorang dalam sesi ceramah, motivasi, bimbingan, kaunseling dan psikologi dengan kaedah yang unik dan efektif menarik klien.

16999094_1431465150207209_4610914812377342083_n

Peserta yang menamatkan kursus dua hari ini telah ditauliahkan Pensijilan Pengamalan Art Drawing HTP. Kursus lanjutan dijangka akan ditawarkan kepada peserta yang layak pada akhir tahun ini.

untitled-7

Penutup kursus telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Abd Mutalib, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KBS. Di dalam ucapannya beliau mengharapkan agar peserta-peserta dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari bukan sahaja kepada klien atau rakan sekerja, tetapi juga kepada ahli keluarga. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada seluruh warga perkhidmatan awam.

 

 

Advertisements
Posted in Berita

Bengkel Perancangan Strategik MAK 2017 dan …

Pada 13 – 15 Januari 2017, Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah mengadakan 3 program serentak iaitu Mesyuarat Jawatankuasa MAK Bil. 1/2017, Bengkel Perancangan Strategik MAK 2017 dan Bengkel Pemurnian Modul i-MIND. Program ini telah diadakan di Hotel Impian Morib, Banting melibatkan  26 orang peserta yang terdiri dari ahli Jawatankuasa MAK Sesi 2015-2017 dan Pasukan Pembangunan Modul i-MIND.

Encik Pauzan Ahmar, Presiden MAK telah menyampaikan ucapan amanat tahun baru 2017 kepada semua peserta.

p1140381

p1140368

Hasil Bengkel Perancangan Strategik MAK adalah seperti berikut :

Pada tahun 2017, MAK merancang untuk menubuhkan satu pasukan khas AKRAB Xtra yang dinamakan AKRAB Crisis Intervention Team (ACIT) yang akan menyokong aktiviti MCIT (Malaysian Crisis Intervention Team) Keahlian pasukan akan dipilih dikalangan ahli AKRAB yang berminat dengan kerja-kerja kesukarelawan bantuan bencana / CSR.  Pengenalpastian bakat juga akan dibuat bagi membolehkan satu Pasukan AKRAB Pakar dibentuk dan ditauliahkan.

p1140442

 

Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke 8, akan diadakan dengan kerjasama JPA dan beberapa buah kementerian. Kem i-MIND yang mendapat sokongan dari YAB Timbalan Perdana Menteri dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2017. Kem ini dijangka akan melibatkan 500 – 600 orang peserta di kalangan ahli AKRAB dan penjawat awam dari seluruh negara. Pameran MAK juga akan diteruskan pada tahun 2017 berdasarkan permintaan dan jemputan. Kursus peningkatan profesionalisme AKRAB pula akan diadakan sebanyak 2 siri.

p1140453

Bagi memantapkan urusan pendaftaran keahlian dan penyimpanan rekod ahli, satu Sistem Pangkalan Data Maklumat Keahlian MAK (e-MAK) sedang dibangunkan dan dijangka dapat digunakan mulai bulan Februari 2017. Perancangan program 2017 dirangka berdasarkan Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 yang telah dilancarkan oleh Penaung Kehormat MAK, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 13 Mei 2016.

p1140475

Majlis penutup program 3 hari ini telah disempurnakan oleh Dr. Abdul Jalil bin Hassan, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam. Di dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada MAK kerana telah berjaya membangunkan modul i-MIND dan berharap agar MAK berjaya melaksanakan segala perancangan yang telah diatur pada tahun 2017.

Posted in Berita

Bengkel Training of Trainers Modul i-MIND

Bengkel TOT Modul i-MIND telah diadakan pada 18 – 20 November 2016 di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka. Seramai 65 orang peserta yang terdiri daripada Pasukan Pembangunan Modul, ahli jawatankuasa MAK dan ahli AKRAB Pakar yang terpilih telah hadir.

p1130588 p1130589

i-MIND merupakan program Khas yang telah dibangunkan oleh satu pasukan khas yang dibentuk,   terdiri daripada Pegawai Psikologi dan juga ahli AKRAB. Modul ini adalah satu lagi produk  terbaru Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) yang berbentuk kem latihan. Sebelum ini MAK pernah menerbitkan beberapa buah buku dan melancarkan Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 pada bulan Mei 2016 yang lepas.

Bengkel ini diadakan bertujuan melatih ahli AKRAB Pakar yang bakal mengendalikan Kem i-MIND yang akan dilaksanakan pada tahun 2017.

p1130341

Kem tersebut akan dihadiri oleh penjawat-penjawat awam yang terpilih dari seluruh negara.

Di dalam bengkel  TOT ini peserta telah didedahkan dengan modul “Kau, aku & dia”, “Who want to be a millionaire”, “Wacana minda”, “Emotional Spiritual Intelligance”, “Flying High” dan “Integrisi & Harapan. Encik Pauzan bin Ahmar, Presiden MAK telah menyempurnakan majlis penutup bengkel pada 20 November 2016.

p1130529

Kem Permata Resort dilengkapi dengan kemudahan penginapan, dewan persidangan, dewan bengkel dan pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan modul i-MIND yang bakal menemui penjawat awam terpilih pada awal tahun 2017.

 

Posted in Berita

Kunjung Hormat MAK terhadap Pengarah BPPs Yang Baru

Kunjungan hormat Presiden dan ahli jawatankuasa MAK terhadap Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi (BPPs) yang baru iaitu Dr. Ruziati binti Mior Ahamad Ariffin telah diadakan pada 18 November 2016 (Jumaat). Perjumpaan ini turut dihadiri oleh Encik Sadli bin Osman, Penyelaras AKRAB.

YBrs Dr., di dalam ucapannya menyatakan rasa   gembira kerana MAK yang di lahirkan oleh JPA  kini  berjaya berdikari  dan diberikan tanggungjawab besar oleh pihak kerajaan untuk menyediakan latihan kepada penjawat awam seluruh negara. JPA akan  sentiasa  menyokong  dan berganding bahu dengan MAK bagi melaksanakan program-program yang bermanfaat kepada penjawat awam.

Beliau  mengakui  AKRAB sangat dekat dengan hati beliau dan menaruh harapan tinggi terhadap AKRAB.  YBrs Dr juga  mengakui bahawa AKRAB telah banyak membantu  mengendalikan kes-kes pegawai bermasalah  dan dianggap sebagai unsung heroes. Beliau juga bersedia memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya  untuk turut serta program-program anjuran MAK sekiranya berkelapangan.

p1130060

Presiden MAK di dalam ucapan aluannya pula  menganggap BPPs sangat unik kerana kepulangan Dr. Ruziati ke BPPs diibaratkan sebagai “Sireh pulang ke gagang”.  Beliau turut memohon tunjuk ajar khususnya daripada Dr. Ruziati dan BPPs amnya, Beliau turut mengingatkan bahawa AKRAB hanya menguruskan sesi bimbingan yang ringan sahaja dan kes-kes yang berat akan dirujuk kepada Pegawai Psikologi.   p1130092

YBrs Presiden juga meletakkan harapan,YBrs Dr. Ruziati sebagai Penasihat MAK dapat membimbing, membentuk serta membetulkan hala tuju MAK dengan memberi teguran mana yang patut dari semasa ke semasa.

Posted in Berita

MAK @ Jabatan Imigresen Malaysia

MAK telah dijemput ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kali Pertama dan Lantikan Ahli Jawatankuasa Baharu AKRAB Jabatan Imigresen Tahun 2016. Mesyuarat ini telah diadakan pada 17 November 2016. di Dewan Serbaguna, Aras G, Jabatan Imigresem Malaysia, Presint 2, Putrajaya. Perasmian mesyuarat telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Seri Mustafar Ali, Ketua Pengarah Imigresen. Encik Mohd Afendi bin Ya (Setiausaha MAK) yang mewakili Presiden MAK telah menyampaikan Buku Pelan Strategik AKRAB 2016-2020 dan Buku Transformasi Diri kepada YBhg Dato’ Seri.  – MyAKRAB

20161117_095943

20161117_095716

Posted in Berita

Pameran MAK @ Bernama

MAK telah dijemput mengadakan pameran sempena Hari Terbuka AKRAB Bernama yang telah diadakan pada 25 Oktober 2016 di Tingkat 10, Wisma Bernama. Pameran ini telah diuruskan oleh Puan Siti Mariam Ali yang merupakan Exco Publisiti dan Komunikasi MAK.

img-20161105-wa0037

img-20161115-wa0038