Satu kaunter Khidmat Sokongan Psikologi telah dibuka pada 30 Jun 2019 di dewan serbaguna Podium B, Menara KBS sempena pengedaran race kit AKRAB Run 2019. Kaunter yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Bertauliah ini menyediakan set ujian personaliti yang mudah difahami dan dikendalikan serta mesra pengunjung. Para pengunjung akan diberikan panduan mengenalpasti personaliti masing-masing menerusi instrumen psikologi yang dibuakan. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan.
Author: Admin
AKRAB Run 2019 – Virtual Run Challenge
AKRAB Run 2019…..bersama kita sertai…
Pengiktirafan – “Akreaditasi” terhadap ahli AKRAB
Sesi kunjungan hormat Dato’ Presiden MAK bersama-sama ahli jawatankuasa terhadap YBhg Dato’ Seri Dr. Mat Ali bin Hassan (Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi – BPPs) yang baharu telah diadakan pada 13 Mac 2019 di pejabat beliau. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh kedua-dua orang Timbalan Pengarah BPPs. Perjumpaan yang berlangsung hampir 4 jam ini membincangkan berkenaan hala tuju AKRAB dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK). Antara perkara yang dibincangkan ialah berhubung cadangan melaksanakan sistem akreaditasi terhadap ahli-ahli AKRAB yang di kenalpasti berpotensi dan berkelayakan sebagai penceramah/trainer akan di berikan latihan khas dan diberikan akreditasi. Ahli-ahli AKRAB ini akan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Asas AKRAB yang sebelum ini dikendalikan oleh Pegawai-pegawai Psikologi. Dengan pengiktirafan ini, ahli-ahli AKRAB dijangka akan dapat memberikan lebih sumbangan terhadap perkhidmatan awam khas nya dan rakyat Malaysia amnya. Garis panduan berhubung perkara ini akan di sediakan dan dibincangkan lanjut di atara kedua-dua belah pihak dalam masa terdekat.
Daftar sekarang….
Don’t be left out to grab this!
The official running tee Akrab Run 19 for you to grab.
For details and registration please visit
https://www.ticket2u.com.my/event/13008 . Open for first 3000 participants only.
AKRAB Run 2019….
Kesejahteraan Psikologi (Psy Well-Being) adalah satu isu penting yang mendapat perhatian muttakhir para pemimpin negara serta pihak berwajib. Ahli AKRAB merupakan rakan strategik perkhidmatan psikologi yang sentiasa bersedia memberikan khidmat membimbing kepada penjawat awam dan juga masyarakat.
Sukan larian, merupakan aktiviti kecergasan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia pada masa kini dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) telah mengambil inisiatif menjadikan larian sebagai platform bagi ahli-ahli AKRAB menzahirkan sokongan terhadap usaha meningkatkan kesejahteraan psikologi di kalangan penjawat awam khususnya, dan rakyat Malaysia secara amnya.
Seluruh rakyat Malaysia dijemput bersama menyatakan sokongan terhadap usaha menyemarak Psy Well-Being dengan menyertai acara larian yang julung-julung kali diadakan di Putrajaya.
Kesejahteraan Psikologi adalah mesej yang hendak di bawa melalui aktiviti “AKRAB Run 2019” dan tema yang dipilih adalah “Kesejahteraan Psikologi Selamanya” – Psy Well-Being Forever”.
Program MAK Tahun 2018
Kecemerlangan ahli AKRAB diiktiraf
Alhamdulillah sepanjang tahun 2018 tiga orang Ahli Jawatankuasa MAK telah menerima anugerah dari Kementerian / Agensi. Tahniah diucapkan, semoga dapat memberikan inspirasi kepada semua warga AKRAB. Tahniah juga kepada semua ahli AKRAB dari seluruh negara yang menerima Anugerah AKRAB 2018 diperingkat kementerian / agensi masing-masing mahupun di peringkat kebangsaan.