Posted in Makluman

Kursus Skuad Waja  – AKRAB 2022

Skuad waja merupakan satu program yang diinisiatifkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pihak JPW telah menjemput JPA dan MAK untuk bersama-sama berganding bahu menjayakan agenda Skuad Waja. Perbincangan awal dan sesi taklimat telah dilaksanakan akhir tahun lepas. Modul yang disediakan amat baik dan  bersesuaian untuk di dedahkan kepada ahli AKRAB dan seluruh penjawat awam.

Skuad Waja berperanan memperkasa komuniti melalui psikososial dan aktiviti bimbingan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu-isu jenayah. Ia juga memberi panduan kepada masyarakat tentang pentingnya usaha menghentikan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita.  Objektif Skuad waja adalah seperti berikut:

  • Menjadi agen wanita WAJA (menangani keganasan terhadap wanita) dalam komuniti;
  • Memperkasa komuniti melalui aktiviti psikososial dan bimbingan dalam menangani isu keganasan;
  • Membantu dalam membina sebuah masyarakat yang saling bantu membantu dan meningkatkan keharmonian

Kursus Skuad Waja secara bersemuka dan atas talian akan diadakan pada 29 Mac 2022 bertempat di Auditorium, Jabatan Perkhidmatan awam.

Penyertaan secara atas talian (Online) telah penuh (Terhad 200 orang terawal sahaja). Walaubagaimanapun penyertaan secara bersemuka masih dibuka. Sila klik dan isi link ini untuk pendaftaran kursus secara bersemuka : https://forms.gle/mw6EHYfm1MXfest96

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi Pn. Hjh Wan Ruhimah Abd Ghani di talian 013-9208151.