Posted in Berita

Misi AKRAB XTRA 2017

Pada awal bulan November 2017, banjir besar telah melanda Pulau Pinang sehingga menyebabkan kerosakan besar berlaku. Penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke pusat pemulihan dan mendapat bantuan dari agensi kerajaan yang berkaitan. Sebagai menandakan keprihatianan terhadap situasi bencana ini, MAK telah menghantar satu pasukan peninjau yang diketuai oleh Encik Ibrahim bin Bujang (Exco Sosial MAK) pada 10 – 12 November 2017.  Sebagai tindakan susulan, Mesyuarat AMT MAK Bil. 8/2017 bertarikh 16 November 2017 telah bersetuju agar  satu pasukan yang terdiri dari ahli AKRAB dan Pegawai Psikologi di hantar ke Pulau Pinang bagi memberikan sokongan psikologi pasca bencana kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan.

Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Psikologi JPA, Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi kerjaan secara NBOS akan mengadakan Misi AKRAB XTRA : Program Sokongan Psikologi Pasca Bencana Banjir di Pulau Pinang pada 8 – 10 Disember 2017. Program ini akan  turut disertai oleh Dato’ Pauzan bin Ahmar (Presiden MAK) dan Dr. Abdul Jalil Hassan (Penasihat MAK). Seramai kira-kira 30 orang sukarelawan yang terlibat terdiri dari ahli-ahli AKRAB dari pelbagai Kementerian / agensi dari seluruh negara.  Semoga usaha murni ini dapat memberikan manfaat kepada mangsa banjir berkenaan dan juga sukarelawan yang terlibat. 

Author:

Blog Rasmi Majlis AKRAB Kebangsaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s